Skip to main content

Sekolah.apakah maknanya?

Assalamualaikum,teman2..
Semalam saya keluar bersama Miss Bear ke Jitra dan membeli senaskhah akhbar..
Namun,baru hari ni saya berkesempatan membacanya dengan sepenuh hati..Sejak dari kecil keluarga saya memang gemar membaca akhbar dan ayah saya adalah pelanggan setia serta akan menjadi pembelinya setiap hari..Ekoran daripada sifat ayah ini, membuatkan saya turut sama menggemari aktiviti membaca akhbar dan ia berlanjutan dengan pembacaan bahan2 ilmiah yang lain..

Akhbar, memainkan medium yang agak penting dalam kehidupan kami,
memandangkan,,,ayah telah 'memadamkan' perkataan televisyen daripada hidup kami sekeluarga semenjak saya berumur 10 tahun sehinggalah menjangkau ke zaman matrikulasi.. (tapi sy selalu jer curi2 masa p tgk TV kat rumah makcik..hehe)

Kata ayah,
"TV melalaikan. Lebih baik dengar radio jer, boleh dengar sambil buat kerja."

Hurm, betul jugak kan. Orang tua-tua nie kalau dia buat something tu mesti bersebab kan kan. Hasilnya,Alhamdulillah, jadi jugak manusia kami-kami nie. Walopon masih ada kedegilan dan kenakalan yg tak dpt dielakkan..:P

oklah,jauhlah pulak sy melalut. Berbalik kepada tajuk asal, alkisah masa menyelak-nyelak paper tuwh, ternampaklah artikel:

"Apa makna sebenar Sekolah?" , tulisan Dr. Sivamurugan Pandian.
Nampak je tajuk nie, terus timbul minat nak baca dengan lebih lanjut.

Dalam artikel nie, beliau menyebut tentang beberapa perkara, melibatkan pelajar dan guru itu sendiri.

Satu persoalan yang dinyatakan, "Apakah makna sekolah sebenarnya, adakah hanya tempat untuk mendapatkan gred A atau medium untuk melahirkan generasi modal insan yang berkebolehan disamping meneroka nilai karakter keperibadian mulia dalam diri murid-murid?"

Saya suka yang teramat dengan pernyataan beliau ini.
Pelbagai situasi yang dapat saya lihat dan rasa sepanjang melalui zaman persekolahan, dari peringkat rendah, ke menengah rendah hinggalah menengah atas.

Di zaman sekolah rendah, saya berpeluang menuntut disekolah jenis aliran cina. Disini, kami diterapkan dengan disiplin yang kuat. Datang kena tepat pada waktunya atau bersedialah untuk didenda. Latihan dan kerja-kerja sekolah pula diberikan dalam kuantiti yang banyak kerana guru-guru kami percaya latihan dapat membantu kami menjadi lebih mahir dalam menguasai sesuatu subjek. Erm2,kalau tak siap, tunggu jelah, dapat makan 'roti panjang', seharian kekenyangan tau~ haha.

This is my school !! SMK Datuk Mansor, Bahau..(^_*)

Okie, masuk pulak zaman menengah rendah. Budak baru naiklah katakan. Perkara berangkat2, bercouple2 tu lumrah bagi budah sekolah menengah nie. Tapi nasib baiklah sy terkecuali--utk couple je. yg berangkat2 tu adalah..hehehe.zaman jahiliyah.. Waktu nie adalah antara era terpenting bagi remaja coz diorang tgh dok cari identiti masing-masing. Sekali tersalah pilihan, ranap masa depan. Waktu nielah saya bertemu dengan guru2 yg memang marvellous!!

Saya ingat lagi masa Form 2, cikgu geografi sy Puan Zuraidah, beliau seorang yang sangat gemar mencubit pelajar dan saya adalah diantara mangsanya.hehe,bertuah kan? then masa form3, Puan Ruslina Idris, cikgu geografi jugak, serius dia memang baik dan bernaluri keibuan!! Dia layan kami macam anak sendiri, dan beliau adalah diantara sumber inspirasi saya....sy..saya sgt sygkan beliau..dia selalu cerita mcm2 dalam kelas, share kisah hidup dia, share isu2 semasa..saya pulak jenis suka sangat2 dengar orang bercerita especially about current issue except politics(sy x minat politik, tp still amik tau lah).

Dan waktu kat form3 nielah sy semakin mengenali islam..sy semakin mencuba mendekati islam..kalau dulu masa exam, sy cuma study last minute dan xpk papepun, x tau pun nak bertawakal. Tapi bila naik form3, menerusi pembacaan buku2 islamik dan sumber dari radio ikim, saya mula aplikasikan nilai2 islam dalam hidup. Saya akui saya bukanlah seorang penganut agana islam yg alim & soleh, tp sy cuba buat yg sy mampu.

Dan Alhamdulillah, hasil tawakal, doa ibu ayah yg tak pernah kunjung pergi, usaha dan dugaan yg berjaya diatasi, sy berjaya perform dalam PMR. Alhamdulillah! menitis air mata bila teringat kenangan silam..nostalgia sungguh :) inilah stage dlm hdp saya yg mengajar sy erti kehidupan melalui penglibatan orang2 disekeliling sy seperti guru2 dan ibu ayah..
Ini lencana sekolah saya..nadi kegemilangan saya..


ha, masuk pulak menengah atas, sy kemudian meneruskan pembelajaran di sekolah berasrama penuh. Ala, sy x hebat pown.seriusly. sy memang akui, sy bukanlah jenis cepat pick-up, tapi sy jenis study betul2 hard+rajin sikit lebey bila kena pada masanya. hehe. Di peringkat nie, erm guru2 xberapa memainkan peranan(bukanlah xde langsung,cuma xberapa je)  dalam hidup saya. erm,bkn nak kata, tapi mungkin kerana sy dah agak matang ketika itu dan berbekalkan iltizam + inspirasi cikgu2 sekolah lama, saya menjadi seorang yg lebih cekal + jadi kaki study,,hehe (betul nie,xtipu).. waktu nie, kedudukan ekonomi family pun xberape nak kukuh, jadi sy ada motivasi yang extra-lebih berbanding teman2 lain, dimana sy perlu study,study dan study supaya masa depan saya cerah, dan demi menjadi inspirasi kepada adik2 yg masih kecik2 belaka...so masa nie tak payah tunggu cikgu dok mengamuk dlm kelas,xyah tunggu arahan suruh study, mmg dah tersedia belajar dengan sendirinya..hebat kan faktor motivasi nie.. :)

Disinilah saya belajar semasa tingkatan 4 & 5..
Logo STJ

Uish, jauhnya bercerita.hehehe. Sebenarnya kesimpulan yang terselit dalam cerita diatas adalah, "setiap stage dalam alam persekolahan membawa persepsi dan peranan guru yg berbeza terhadap anak muridnya." contohnya, diusia kanak-kanak, guru memang kena jadi tegas untuk menerapkan nilai2 disiplin pada anak didiknya. kemudian di peringkat remaja, guru memainkan peranan seperti teman ataupun seperti ibu bapa no 2 coz waktu nie anak remaja sedang mengalami perubahan emosi, mengalami kecelaruan identiti, masih dok mencari identiti diri yg sesuai..Tapi once anak2 didiknya ini dah matang, guru bertindak sebagai penasihat dan hanya perlu memberikan arahan..

Oklah, hari pun dah tengahari. Sat lagi dah nak masuk waktu zohor. Baju masih berendam lagi kat dalam bilik air tu...hehehe...baju kena rendam biar daki dia tanggal dulu...:P ..with then, i ends my words here..bye and see ya in the next post.. (^_^)

Comments

  1. hehe best kan saat2 berada d status pelajar skola... aja trut terasa kemeriahany hehe bkn pe kite ni bagaikan pelajar yg 0 jd ckgu lah yg akan memandu kita ke arah kejayaan stiap owg akan memiliki kenangan waktu sekola yang akan mbri impak n mjd egtan d mase2 tue nty sO hopE nty dpt lak izah ctekan zaman skola at anak2 cucu melalui blog ni kan.... hehe,,, yg ikhlz sahabat bilik mu...rOoOmate br :)

    ReplyDelete
  2. peranan TV dah kurang sekarang ni, sudah diganti dengan penggunaan internet. tambah lagi dengan budak sekolah menengah pun dah dapat Notebook 1 Malaysia. masing2 ada pro dan kontra tersendiri, kita ni sebagai pengguna yang perlu bijak menilai dan menggunakanya.. :-D

    ReplyDelete
  3. Hajar:

    yup2,best sangat2..aja pun mesti lagi byk kenangan dari eza kan..hehe..almaklumlah,orang comey lote..hihihihi...:D

    Sayalah:

    Wah, ada gaya pemimpin lah awak ni, hehehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Ada kaca ada gelas, dah baca, xreti reti ke nak balas??? :P

Popular posts from this blog

Kisah 3 Abdul

Wauzes,,,,1 perkataan yg aku amat  gemari ^^ Hari nie setelah menghabiskan separuh hariku <9pg-4.30ptg> di Perpustakaan Sultanah Bahiyah, akhirnya aku buat keputusan untuk makan. Destinasi pilihan? semestinya cafetaria DPP SME Bank ,milik mak ngah & pak ngah! huhu ("~) Erm,belek punya belek menu yg terpampang atas meja order, last2 aku pilih "Maggi Sup", baik punya! hehe... Alhamdulillah,makanan yang diorder sekejap je dah siap,,Sayang lebih pada tukang masak tu! Terbaik di situ (^_^) Nak dijadikan kisah, masa tgh syok makan tu tengok2 lah TV kat depan dewan tu. Wah,pak ngah pasang cerita "3 Abdul" lah ,bestnyer. Nie kena tengok jap nie!Hahahaa.. Rasa seronok bile tgk cerita lakonan Allahyarham P.Ramlee. Tak kisah lah cerita apa pun,jalan cerita macam mana pun, semuanya pasti menyeronokkan dan sesuai untuk semua lapisan umur,dan paling penting pasti terselit pengajaran. Bahasa orang dahulu yg puitis,sopan dan penuh penghayatan, membuatkan perasaan  pe

Lirik lagu : Air Mata Keinsafan..

Air mata keinsafan Yang mengalir di malam sepi Inilah dia pelembut jiwa Bagi mendapat kasih Ilahi Rintihan di pertiga malam Dari seorang hamba yang dhoif Kerna mengenang segala dosa Moga mendapat keampunan dari Ilahi Setiap kekasih Allah Menempuhi jalan ini Untuk mereka memiliki kejayaan Ayuh bersama kita susuli Perjalanan kekasih Allah Agar kita tiada rugi Dalam meniti hidup ini Deraian air mata ini Titisan yang paling berharga Buat menyimbah api neraka Moga selamat di titian Sirat Bahagia menuju syurga abadi Lagu : The Zikr Lirik : Nazrey Johani Hakcipta : OVA Productions
Wah, baru saya perasan seseorang telah mengomen saya , baru je, kelmarin kalau x silap. Dalam komennya, dia tertanya-tanya berkenaan status profile saya.  Dush. *hehe,sengaja wat2 mcm nak pengsan "LoV to lauGh!! (^_^)  Smiles MakEs Me FeEl BeTtEr =)" inilah status saya @ description tentang diri saya. Kalau anda tertanya-tanya kenapa entri sy banyak berkenaan kisah sedih dan ternyata jauh berbeza dengan status sy tu,,,, Jawapannya, adalah... hehe..sebenarnya..saya memang seorang yg agak suka senyum+sengih2 ala2 kerang busuk tu..n suka sangat benda heppy2..plus x suka benda stress2 nie.. Tapi, hidup nie kan tak pernah lekang dari dugaan n kesedihan.. hurm..n maybelah..saya rasalah kan sy nie seorang yg bila heppy, heppylah teramat smpai x engat doOonia..tapi bila sedih..adoiyai..sedihnya yg teramat..hurm,x caya? ce tanya Miss Bear,,,@Kn Khairunnaimah..hehe.. dia memang dah masak ngan sifat semulajadi saya.. ce tanya dia, sepanjang bersahabat ngan dia apa yg