Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

~Diam~

Diam,,, Wah..knpe nie..tiba2 jerk..Haha,, Sbnarnya, ak pun xtau knp..saje2 jer..maybe coz skunk nie dah jd pendiam sket kowt.. Bila dah besar nie,semakin lama semakin banyak berfikir, semakin banyak yg aku pelajari, semakin banyak yang aku cuba aplikasi..Coz, teringat pada 1 kata yg menyatakan: "Berdosalah bagi siapa2 yang mempelajari sesuatu dan KEMUDIAN melupakannya.." Terkenang masa dulu2 ,zaman persekolahan, masih ada cikgu2 ,ada mak dan ayah, ada adik-beradik disamping kita, tapi kini..yang ada hanyalah diri nie sendiri. bersama teman2.  kalau sahabat kita tu "ok" , oklah kita.. kalau dia tu "KO", then kita nie double "K.O" .. "SaHaBAt SeJAtI umpama pohon rendang, yang dapat menjadi tempat untuk berteduh.."  Begitulah sahabat,teman dan kawan. Andai ukhwah persahabatan itu memang telus dan dilandasi niat kerana Allah,  maka InsyaAllah berkekalan selagi jantung berdenyut..Selagi mata masih terbuka..Selagi mulut masih be

Hurm.... (^___*)

Assalamualaikum,,, Actually,tak tau dah tulis ape nie..Juz rasa macam tulis something jer coz dah lame xpost .. Hurm,nak cerite pasai pa ya?..Daki gunung mau??...hehe~ Sirkit Mendaki Gunung Negeri Sembilan  Ini lah program mendaki pertama yg pertama yg aku join. Dan bermula disinilah aku mula mengenali diri aku..Rupa2nya si kecik nie ade jugak bakat mendaki..hihi~ Alhamdulillah, dengan bimbingan seorang abg BOMBA yg aku jumpa ditengah2 pendakian, akhirnya aku muncul sbg juara kategori remaja perempuan..hehe...sekadar berkongsi jerk.. Berikut adalah sbhgn artikel berkaitan..tp mase tu mentah lg..so,bile wartawan tanya ape perasaan..aku main hentam je lah jwb..malu kowt bile schoolmates baca komen ku..maloOOooo woOOoo... Gunung Online • View topic - Sirkit Cabaran Mendaki Gunung Negeri ...   - [ Translate this page ] 40 posts - 9 authors - Last post: 25 Apr 2008 "Kategori perempuan remaja juga diungguli peserta tuan rumah dengan wakil Kuala Pilah, Izzah Nur Fatimah Md

BIODATA RASULULLAH SAW

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang agung (mulia)."  (Surah Al-Qalam:4) Firman Allah S.W.T. lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Maka, wahai mereka yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya dengan sebaik selawat dan salam." (Surah Al-Ahzab:56) Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : "Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. " Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta" SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW BIODATA RASULULLAH SAW Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenalisebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Ka'abah) Tempat lahir:

Maulidur Rasul: Hari Kelahiran Rasul Junjungan Kita.. (^_^)

Segala puji dan puji hanya buat Allah, Tuhan seluruh alamraya dan selawat serta salam buat Nabi dan RasulNya Muhammad dan kaum keluarganya dan para sahabat.   Didalam agama Islam terdapat dua perayaan besar yang disebut sebagai Hari Raya  iaitu, 'Idil-adha dan 'Idil-fitri. Perayaan lain yang terdapat didalam agama Islam, seperti Maulidurrasul bukan merupakan satu kewajiban tetapi ia tidaklah pula dilarang untuk menyambutnya.  Pada zaman ini terdapat banyak suara-suara yang mempertikaikan tentang sambutan Maulidurrasul dan ia menjadi fokus perdebatan dan perbalahan, walaupun sebenarnya, banyak lagi isu penting yang perlu ditangani oleh umat Islam. Zaman ini merupakan zaman dimana musuh-musuh Islam sedang melakukan operasi besar-besaran untuk menghancurkan ummat Muhammad, daripada dalam mahupun daripada luar tanpa perasaan belas kasihan dan amat sedikit sekali bilangan orang-orang yang beriman yang dapat mempertahankan ummah ini daripada serangan-serangan ini. Zaman ini merup

The truth ! Situasi di Mesir!!!.....

by Zuraidah Hasin on Monday, January 31, 2011 at 8:48pm   Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook,  twitter, blog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya. edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir. edit 2 : beberapa rujukan telah ditambah. Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo. Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tah