Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2010

You're Beautiful.... =)

Assalamualaikum w.b.t.... Agak2nyer ape yang aq nak bicarakan kali nie yer? yg pastinya, ianya berkaitan "beautiful" a.k.a kecantikan.. chewah,,biaselah kaum hawa nie xkan terlepas dari memperkatakan perkara seperti nie, ade je topik yg berkaitan, ade je idea untuk dibualkan. hehe .. Jangan jeles ye kaum adam, kami sememangnya dianugerahkan kecantikan semulajadi..hehe..tapi harap2 kecatikan itu biarlah luaran dan dalaman yer!!(^_^) Wanita solehah adalah perhiasan xternilai harganya.. . Inilah model wanita solehah! Cun kan? bukan shj rupanya tapi akhlaknya jua... Ada orang kata nak menjaga peribadi sbg seorang wanita full-muslimah ni bukannya mudah, ade shj halangannya, pengaruh persekitaranlah, pengaruh rakan sebayalah, pengaruh trend semasa la dan sebagainya. Tapi,kalau diri sendiri dah tekadkan hati, THERE'S NO MORE EXCUSES!!! No more excuses k... Owh,bercakap pasal perkara nie, teringat lah pulak satu cerita KOREA yg tajuknyer " You're Beautiful

Viva Palestina Satukan Warga Antarabangsa Ringan Derita Rakyat Palestin (^_^)

Assalamualaikum w.b.t..... Entah mengapa saat aku terbaca artikel ini membuatkan sayu....sangat sayu...... Viva Palestina satukan warga antarabangsa ringan derita rakyat Palestin Oleh Mohd Zin Kandar 2010/10/28 Lebih 1.5 juta penduduk Gaza dinafi hak hidup seperti manusia oleh Israel KONVOI Kemanusiaan Global Jalan Darat ke Gaza Viva Palestina ke-5 (VP-5) adalah usaha penting, khususnya jika dilihat dari perspektif peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam memperjuangkan hak penduduk Palestin. Perjuangan rakyat Palestin yang sudah lebih 62 tahun sering dilihat dan dinilai sebagai satu isu yang seolah-olah tiada penyelesaian. Pemimpin silih berganti, persidangan demi persidangan dan perjanjian demi perjanjian ditandatangani, tetapi nasib rakyat Palestin masih tidak terbela, malah keadaan lebih buruk berlaku. Kemenangan Hamas pada pilihan raya yang telus dengan dihadiri pemantau Amerika, termasuk Jimmy Carter (bekas Presiden Amerika) pada 2006 bukan diberi sokongan, malah ra

Asam Garam Kehidupan ( ^_ - )

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera.... Hidup nie pada aku adalah satu anugerah yang tak terhingga nilainya. Hidup yang diwarnai pelbagai jenis corak,design,pattern dan berbagai2 bentuk..Segalanya muncul dalam hidupku...Corak sewaktu happy lain,corak di waktu kesulitan pun lain...Segalanya ku terima seadanya. Memberontak? Itu sudah lama hilang dalam kamus hidup aku. Apa yang ak tahu setiap sesuatu itu ada sebab musababnya, dan kita harus mencari penyelesaian, bukan dengan melarikan diri..Tidak berguna. Sejauh mana pun berlari,walau ke hujung dunia, masalah tetap tidak selesai..mungkin sahaja kita bertemu masalah tersebut di 1 masa yg lain pula... Dia adalah kaunselor terbaik untuk mencurahkan isi hati.. Bercerita tentang masalah, pasti tidak ketinggalan pentingnya TAWAKAL kepada ALLAH. Dialah yang menciptakan kita,Dialah sebaik-baiknya yang memahami kita. Ibarat seorang engineer yg mencipta sesuatu rekaan. Segala kelebihan dan keburukan rekaan itu hanya dia yang mengetahui

40,000 Pelajar Palestin Tanpa Sekolah

25 Oktober 2010 - Hampir dua tahun selepas penjajahan ganas Israel ke atas Gaza yang menyebabkan kematian 1,400 dan lebih dari 30,000 buah keluarga kehilangan tempat tinggal, banyak sekolah yang musnah masih belum dibangunkan kembali. Sekarang, usaha PBB untuk membangunkan kembali sekolah-sekolah di Gaza telah dihalang oleh pihak tentera Israel, yang enggan memberikan izin kepada PBB untuk membangunkan beberapa buah unit sekolah. Tentera Israel mendakwa yang sekolah-sekolah itu mungkin akan digunakan oleh Hamas untuk merancang serangan pengganas ke atas Israel. Dakwaan ini dilakukan, biarpun fakta yang beberapa siasatan PBB dan antarabangsa tidak pernah menemui bukti yang Hamas pernah menggunakan mana-mana sekolah dengan cara ini, serta fakta yang menyatakan bahawa pasukan bersenjata Hamas sudah tidak, dengan sengaja, menyerang warga awam Israel selama lebih dari 5 tahun. Menurut jurucakap UNRWA, Adnan Abu Hasna, lebih dari 40,000 pelajar ti

Detik Hitam 21 Ogos, 1969

Kenapa dengan 21hb Ogos? Tarikh 21 Ogos adalah satu detik hitam bagi umat Islam di seluruh dunia. Genap 41 tahun yang lalu (21 Ogos 1969), maruah umat Islam telah tercalar dengan satu penghinaan apabila Masjid al-Aqsa telah dibakar oleh pelampau Yahudi yang disokong kuat oleh golongan Kristian Zionis. Usaha terkutuk ini telah dilakukan oleh penjenayah yang berasal dari Australia yang bernama Michael Dennis Rohan. Michael Rohan telah menyalakan api di dalam Masjid Al-Aqsa untuk membakar dan sekaligus memusnahkannya. Api yang marak membakar hampir-hampir sahaja memusnahkan keseluruhan bangunan Masjid al-Aqsa. Namun tindakan tangkas umat Islam di Baitul Maqdis selama sehari-suntuk mengizinkan mereka untuk memadamkan api tersebut. Adakah Michael Rohan bertindak bersendirian? Tidak, sekali-kali tidak. Michael Rohan sebenarnya tidaklah bersendirian dalam melakukan jenayah keji ini. Beliau mendapat sokongan padu dari rejim Zionis Israel yang mahu melihat Masjid al-

Kisah 3 Abdul

Wauzes,,,,1 perkataan yg aku amat  gemari ^^ Hari nie setelah menghabiskan separuh hariku <9pg-4.30ptg> di Perpustakaan Sultanah Bahiyah, akhirnya aku buat keputusan untuk makan. Destinasi pilihan? semestinya cafetaria DPP SME Bank ,milik mak ngah & pak ngah! huhu ("~) Erm,belek punya belek menu yg terpampang atas meja order, last2 aku pilih "Maggi Sup", baik punya! hehe... Alhamdulillah,makanan yang diorder sekejap je dah siap,,Sayang lebih pada tukang masak tu! Terbaik di situ (^_^) Nak dijadikan kisah, masa tgh syok makan tu tengok2 lah TV kat depan dewan tu. Wah,pak ngah pasang cerita "3 Abdul" lah ,bestnyer. Nie kena tengok jap nie!Hahahaa.. Rasa seronok bile tgk cerita lakonan Allahyarham P.Ramlee. Tak kisah lah cerita apa pun,jalan cerita macam mana pun, semuanya pasti menyeronokkan dan sesuai untuk semua lapisan umur,dan paling penting pasti terselit pengajaran. Bahasa orang dahulu yg puitis,sopan dan penuh penghayatan, membuatkan perasaan  pe

Ceramah Malam Khamis at Kachi Hall

Assalamualaikum w.b.t, Malam semalam ada 1 slot ceramah bersama seorang ustaz di Dewan Bkt Kachi,UUM.  Actually,ak x gi pun coz smalam ade dinner SIFE. Mujurlah,rummateku,Raja Nur Farihah pergi.. (^_*) Alhamdulillah,dye kata berbaloi bayar RM2,dapat makanan,air n ceramah yg menyeronokkan. Si penceramah berjaya menyampaikan slotnyer secara santai namun effektif.  Membicarakan & mengupas isu cinta antara remaja,Ustaz tersebut menjadikan filem Ketika Cinta Bertasbih sebagai filem ikon. Honestly,kalau aku dgr je pasal KCB, erm xperlu dipertikaikan akan kualitinya,memang terjamin. Saya suke,saya sangat suke!!! =) Seprti yg umum tahu,jalan cerita filem tersebut sangat mudah untuk diikuti dan dihayati, namun dalam kesantaiannya,terselit beberapa mesej yg berat. Misalnya,mengenai isu poligami. Saat pertemuan antara 2 keluarga, Furqan dan Anna Althafunnisa, dimana Anna hanya bersetuju menerima lamaran Furqan jika Furqan berjanji tidak akan memadukannya selagi mana Anna masih hidup. Dan Ann

Chess Open Tournament 2010 (continued)

Wah,"fokus" betul abg tuwh...   Sambungan post lepas,,.... Tengah hari tu,program direhatkan seketika dari jam 12 hingga 2ptg bagi memberi laluan kepada peserta untuk rehat+makan+solat. Fuh,setelah penat menjaga dorang,akhirnya dpt gak rehat.. (^_^) apelagi, [>makan time<] !! Walaupun hanya makan nasi berlaukkan ayam grg dgn sayur goreng,tanpa kuah, aku tetap berselera coz tgh lapar gler..Bak kata org tua2; "rezeki jangan ditolak,bala jgn dicari",,,hehehe,,, Alhamdulillah,kenyang jgk akhirnya ^^ Sblm masuk dewan bertugas,ak sempatlah tangkap bbrp gambo,ye la, nak gak wat kenangan an..hihi =) Me,Madi & Piqah  Ah Ying,Piqah,Madi,& Me...   Owh,lps solat Zuhur,ak dpt sms dari kawan ko-k, 'eza dtg ko-k bw laptop ye!' ,,,waah,ak hampir terlupa yg ak nyer ko-k last hari nie.. Adush,dah tu lappy tak bw pon.. Xpela,harung je la..Bye2 chess,ak tinggalkan ko kejap yer...huhu... Sedeynyer,ak nak tgk dorang main lagi. xpe2,sat g balik ko-k,ak mesti trs dtg

Chess Open Tournament 2010

Assalamualaikum w.b.t... Baru2 nie aku join 1 event,yang memang 'gempak punya' ,,,Guess what?? yeah, Kejohanan Terbuka Catur Peringkat Kebangsaan.. Ayyoyo,aku ingat cume orang sekitar sini (Kedah,Perlis&Penang) je yang mai, sekali masa kejohanan tu,terkejut jugaklah coz merata-rata asalnya...Ada tu dari Kelantan,Perak and so on.  Kat bawah nie details nyer,,check-it-out  !! Event: Chess Open Tournament 2010 Venue: DP 4/1 & DP 4/2 Date:   16 Oktober 2010 Time:    8.00-18.30 Kitorang yg jadi AJK nie,pagi2 buta dlm kul7 gitu dah tunggu kat bus stop DPP masing2 and dlm kul 7.30 tu kami dah berada di tempat program. Bagi memastikan perjalanan program menjadi lancar,AJK dipecah2kan kepada bbrp bahagian. Promotion&Publicity bersama dengan Sponsorship Bureau kena bertugas jg kaunter. The others jg pemain. Sepatutnya, aku kena jaga kaunter bersama Cik Madihah(Piqah xde masae tu) ,tapi kami plan baik punya! hehehehe,,, jenguk2,kat kaunter ada la 2-3 org tercegat kat situ,