Assalamualaikum w.b.t,
Malam semalam ada 1 slot ceramah bersama seorang ustaz di Dewan Bkt Kachi,UUM. Actually,ak x gi pun coz smalam ade dinner SIFE. Mujurlah,rummateku,Raja Nur Farihah pergi.. (^_*) Alhamdulillah,dye kata berbaloi bayar RM2,dapat makanan,air n ceramah yg menyeronokkan. Si penceramah berjaya menyampaikan slotnyer secara santai namun effektif.
Membicarakan & mengupas isu cinta antara remaja,Ustaz tersebut menjadikan filem Ketika Cinta Bertasbih sebagai filem ikon. Honestly,kalau aku dgr je pasal KCB, erm xperlu dipertikaikan akan kualitinya,memang terjamin. Saya suke,saya sangat suke!!! =)
Seprti yg umum tahu,jalan cerita filem tersebut sangat mudah untuk diikuti dan dihayati, namun dalam kesantaiannya,terselit beberapa mesej yg berat. Misalnya,mengenai isu poligami. Saat pertemuan antara 2 keluarga, Furqan dan Anna Althafunnisa, dimana Anna hanya bersetuju menerima lamaran Furqan jika Furqan berjanji tidak akan memadukannya selagi mana Anna masih hidup. Dan Anna juga menunjukkan dalil yg membolehkan Anna menetapkan syarat sedemikian.Anna memetik telah kata2 ulama' dari sebuah kitab(soRRy,sy lupa nama kitab tu).
" Bertuturlah cinta mengucap satu nama,
Seindah goresan firman-Mu,
Dalam kitab-Mu,
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup & matiku pada-Mu..."
Firman Allah swt :
Katakanlah (wahai Muhammad) :
"wahai hamba-hambaku yg telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri(dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani. "
-Az-Zumar 39;53-
Berdasarkan firman Allah diatas,dapat ditafsirkan bahawa Allah swt itu Maha Pengasih & Mengasihani, dimana Dia masih akan mengampuni dosa hamba2Nya, walau sedalammana pun dosa yg dilakukan. Pendek kata,jika dahulu kita pernah melakukan maksiat, maka jgn berputus asa padaNya, bersangka baiklah kerana Allah itu Maha Mengaihani...Sahabat2ku yg pernah terjerumus ke lembah noda,lembah kemaksiatan 1 ketika dahulu,mari kita muhasabah diri, koreksi diri dan tambah baik...
Ok,guys & gals???
bestnya.. kalau taw sy pergi...:)
ReplyDeletehaha,,tu la pasal,,sy pon xtau..nsb bek rum8 bgtau =)
ReplyDelete