Wauzes,,,,1 perkataan yg aku amat gemari ^^
Hari nie setelah menghabiskan separuh hariku <9pg-4.30ptg> di Perpustakaan Sultanah Bahiyah, akhirnya aku buat keputusan untuk makan. Destinasi pilihan? semestinya cafetaria DPP SME Bank ,milik mak ngah & pak ngah! huhu ("~)
Erm,belek punya belek menu yg terpampang atas meja order, last2 aku pilih "Maggi Sup", baik punya! hehe...
Alhamdulillah,makanan yang diorder sekejap je dah siap,,Sayang lebih pada tukang masak tu! Terbaik di situ (^_^)
Nak dijadikan kisah, masa tgh syok makan tu tengok2 lah TV kat depan dewan tu. Wah,pak ngah pasang cerita "3 Abdul" lah ,bestnyer. Nie kena tengok jap nie!Hahahaa.. Rasa seronok bile tgk cerita lakonan Allahyarham P.Ramlee. Tak kisah lah cerita apa pun,jalan cerita macam mana pun, semuanya pasti menyeronokkan dan sesuai untuk semua lapisan umur,dan paling penting pasti terselit pengajaran. Bahasa orang dahulu yg puitis,sopan dan penuh penghayatan, membuatkan perasaan penonton terbuai seiring dengan babak lakonan mereka. Ikuti sinopsisnya...
Kisah Tiga Abdul
KISAH berlaku di Isketambola. Ahli perniagaan yang hartawan, Ismet Ulam Raja, mempunyai tiga anak lelaki – Abdul Wahab, busuk hatinya. Abdul Wahib, tamakkan harta. Abdul Wahub, yang bijaksana. Ahli perniagaan hampir bankrap, Sadiq Segaraga, mempunyai tiga anak perempuan yang jelita – Hamidah, Rafidah dan Ghasidah.
Ismet Ulam Raja, yang mempunyai harta berkoyan-koyan di dalam Isketambola tiada tandingan, mengidap penyakit orang kaya-kaya – lemah jantung ("heart attack"). Abdul Wahab sukakan binatang hingga dia membuka kedai menjual burung. Abdul Wahib sangat gemar mengukir dan dibukanya kedai ukir. Abdul Wahub pula cintakan muzik, kedai muzik jadi pilihannya.
Pada suatu hari Ismet Ulam Raja mengadakan majlis Selamat Puja Umur (Selamat Hari Jadi) yang ke-71 dan ramai tetamu yang diundang termasuklah Sadiq Segaraga beserta tiga anak perempuannya. Mereka diperkenalkan dengan anak-anak Ismet Ulam Raja. Hamidah dengan Abdul Wahab. Rafidah dengan Abdul Wahib. Perkenalan mereka nampaknya begitu mesra sekali. Tetapi pertemuan antara Ghasidah dengan Abdul Wahub berlainan sekali dimana mereka memperlihatkan ego masing-masing – jual mahal.
Dalam upacara menyanyi lagu Puja Umur dan ketika mahu memotong kek Hari Jadi, Ismet Ulam Raja tiba-tiba diserang penyakit jantung. Semasa dirawat, Dr. Zain meminta dipujuk Ismet Ulam Raja supaya pergi ke hospital mendapatkan rawatan lebih baik yang mana ini sangat sukar dilaksanakan kerana Ismet Ulam Raja memang tidak mahu mendapatkan rawatan di hospital.
Bagaimanapun, Abdul Wahub cuba juga memujuknya. Dalam pada itu, belum pun Ismet Ulam Raja meninggal dunia, Abdul Wahab dan Abdul Wahib sudah mengira-gira harta Ismet Ulam Raja yang bakal diwarisi dan ini menyebabkan Abdul Wahub naik berang.
Begitupun juga, Ismet Ulam Raja menyatakan kalau dia meninggal dunia segala harta akan diserahkan kepada Abdul Wahab kerana sifatnya anak yang tua dan terpulanglah kepadanya untuk mengagih-agihkan harta-harta tersebut kepada Abdul Wahib dan Abdul Wahub.
Kerana sayangkan ayahandanya, Abdul Wahub terus memujuk Ismet Ulam Raja supaya mahu pergi ke hospital untuk rawatan. Ini di bantah oleh Abdul Wahab dan Abdul Wahib yang mana pertengkaran hebar berlaku hinggakan Ismet Ulam Raja naik berang menyebabkan penyakit jantungnya menyerang lebih teruk lagi. Akibatnya Ismet Ulam Raja meninggal dunia.
Oleh kerana kematian Ismet Ulam Raja itu dianggap Abdul Wahab dan Abdul Wahib berpunca daripada perbuatan Abdul Wahub yang beria-ia benar mahu membawa ayahandanya ke hospital disamping semasa menghembus nafasnya yang terakhir tidak menyebut langsung nama Abdul Wahub dan menuduhnya sebagai anak derhaka, Abdul Wahub hanya menerima sebuah rumah (yang sedang mereka diami) yang bakal runtuh dua atau tiga tahun lagi.
Sedangkan Abdul Wahab mendapat harta bernilai 5,000,000 paun sterling dan Abdul Wahib pula sebanyak 4,500,000 paun sterling. Abdul Wahub menolak pemberian rumah tersebut dan menyerahkannya kepada Khadam untuk menjaganya, dan sebelum keluar daripada rumah tersebut Abdul Wahub berkata, dia tidak mahu satu sen pun tetapi ingat, katanya: "Mulai hari ini, kita bertiga putus saudara". Dan berjanji akan pulang: "Pulang membawa kemenangan gemilang".
Di kedai barang-barang purba ("antiq") kepunyaan Sadiq Segaraga, Sadiq Segaraga susah hati kerana perniagaannya semakin lama semakin merosot dan dia menjemput penasihatnya (Kassim Patalon) untuk mendapatkan nasihat. Kassim Patalon memberi cadangan supaya Sadiq Segaraga kahwinkan saja anak-anaknya dengan anak-anak Ismet Ulam Raja yang baru saja mewarisi harta yang banyak. Ini sangat dipersetujui oleh Sadiq Segaraga.
Hamidah, Rafidah dan Ghasidah diperintahkan oleh Sadiq Segaraga supaya berusaha memikat Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub. Bagi Hamidah dan Rafidah tidak sukar memikat Abdul Wahab dan Abdul Wahib, tetapi Ghasidah menemui jalan sukar menghadapi Abdul Wahub malah dia dipersendakan oleh Abdul Wahub hingga memalukannya. Justeru itu, hanya Abdul Wahab dan Abdul Wahib saja yang datang bertemu Sadiq Segaraga untuk meminang Hamidah dan Rafidah.
Sadiq Segaraga bersetuju peminangan tersebut tetapi dengan syarat iaitu Abdul Wahab dan Abdul Wahib tidak boleh marah dengan apa saja yang dilakukannya terhadap mereka. Kalau marah, semua harta mereka akan dirampas dan mereka juga akan dijual sebagai hamba. Setelah berunding sesama sendiri, Abdul Wahab dan Abdul Wahib (dengan muslihat bodoh mereka) bersetuju dan surat perjanjian pun ditandatangani.
Setelah Abdul Wahab – Hamidah dan Abdul Wahib – Rafidah dikahwinkan, Sadiq Segaraga dengan nasihat Kassim Patalon membuat rancangan macam mana Abdul Wahab dan Abdul Wahib boleh marah. Oleh kerana sudah tidak tertahan lagi dengan karenh Sadiq Segaraga, kedua adik beradik itu benar-benar marah. Kerana itu sudah melanggar syarat perjanjian, semua harta Abdul Wahab dan Abdul Wahib dirampas dan mereka pula dijual sebagai hamba di pasar harian.
Wah, Abd Wahab bermalam di kandang kuda bersama isterinya..romantik gitu..
Banyak pengajaran yang boleh kita dapati dari kisah nie. Misalnya, mengenai keperihatinan terhadap insan yg malang. Tang nie memang sesuai dgn part yg ada Pak Cik nyanyi lagu "tolong kami,bantu kami,anak2 yatim piatu.." Fuh,memang berkesan. Dgn mimik muka yg penuh kasihan,tambah dengan lagu yg "slow",ternyata mampu mencairkan hati manusia..hehe... Abdul Wahub pulak dgn lapang dadanya menyerahkan rumah Sadiq Sigaraga kpd Pak Cik tadi tu. Ha,part nie kena pandai menilai lar. Jgn plk kita ikut. Niat mmg lah baik,tapi kalau main serah harta org lain, hah, xkena pada tmptnyer la tu..
>>Matlamat tidak menghalalkan cara<<<
Oklah,penat pulak rasanya menulis nie..hehe...sekian untuk kali ini ,wasalam...
Comments
Post a Comment
Ada kaca ada gelas, dah baca, xreti reti ke nak balas??? :P