Skip to main content

40,000 Pelajar Palestin Tanpa Sekolah

Imej


25 Oktober 2010 - Hampir dua tahun selepas penjajahan ganas Israel ke atas Gaza yang menyebabkan kematian 1,400 dan lebih dari 30,000 buah keluarga kehilangan tempat tinggal, banyak sekolah yang musnah masih belum dibangunkan kembali. Sekarang, usaha PBB untuk membangunkan kembali sekolah-sekolah di Gaza telah dihalang oleh pihak tentera Israel, yang enggan memberikan izin kepada PBB untuk membangunkan beberapa buah unit sekolah.

Tentera Israel mendakwa yang sekolah-sekolah itu mungkin akan digunakan oleh Hamas untuk merancang serangan pengganas ke atas Israel. Dakwaan ini dilakukan, biarpun fakta yang beberapa siasatan PBB dan antarabangsa tidak pernah menemui bukti yang Hamas pernah menggunakan mana-mana sekolah dengan cara ini, serta fakta yang menyatakan bahawa pasukan bersenjata Hamas sudah tidak, dengan sengaja, menyerang warga awam Israel selama lebih dari 5 tahun.

Menurut jurucakap UNRWA, Adnan Abu Hasna, lebih dari 40,000 pelajar tidak dapat ke sekolah pada tahun ini disebabkan kekurangan kemudahan, dan keengganan Israel untuk mengizinkan pembangunan kemudahan yang diperlukan hanya memburukkan lagi masalah ini.

Sejak Jun 2007, ketika kerajaan Hamas dipilih memerintah bersesuaian dengan perlembagaan Palestin, kerajaan Israel mengiktiraf kerajan yang dipilih itu lantas mengenakan kepungan ke atas seluruh penduduk Jalur Gaza. PBB dan lain-lain badan-badan antarabangsa telah menamakan pengepunagn ini "hukuman hukuman secara keseluruhan", yang merupakan pencabulan langsung terhadap Sidang Geneva Keempat.

Bahan binaan, termasuk untuk sekolah dan hospital, adalah di antara banyak barangan yang telah dilarang memasuki Jalur Gaza. Ratusan ton bahan binaan yang disumbangkan oleh kelompok-kelompok bantuan antarabangsa dan kerajaan asing telah dirampas oleh pihak tentera Israel dan dijual untuk mendapatkan keuntungan di Israel.

Pihak tentera Israel berkata, lokasi yang dipilih untuk sekolah-sekolah baru terletak terlalu dekat dengan bangunan-bangunan kerajaan Palestin di kawasan Tel al-Hawa di Bandar Gaza. Oleh kerana Israel menganggap Hamas sebagai sebuah pertubuhan pengganas, mana-mana bangunan kerajaan di Gaza (di mana Hamas adalah parti yang memerintah) dianggap oleh Israel sebagai lokasi 'keganasan', lantas ianya adalah sasaran yang sah bagi setiap serangan bom yang dilancarkan.
Sumber: IMEMC   |   Terjemahan: Ibn Abu (Admin)

Comments

Popular posts from this blog

Aku - Najwa Latif

Ku dengar, tangisan disana Menangis, memanggil ibunya Ku lihat, air mata disana Melihat perjuangan ayahnya Tiada siapa, yang akan mengerti Rasa kehilangan yang ada disisi Perginya si raja, hilangnya permaisuri Hanya untuk melindungi,  Kasih sayang abadi Ku lihat, awan yang sepi Ketakutan sentiasa menghantui Jeritan dan tangisan Yang tidak didengari Semua bagai satu mimpi Mimpi yang tak pasti Ingatlah dunia, hanya sementara Tuhan yang Esa adalah segala-galanya Walau kau disiksa,  Walau kau dihina, Percayalah Tuhan selalu ada Ingatlah dunia, hanya sementara Tuhan yang Esa adalah segala-galanya Walau kau disiksa,  Walau kau dihina, Percayalah Tuhan selalu ada Ku dengar, tangisan disana Menangis, memanggil ibunya Ku lihat, air mata disana Melihat perjuangan ayahnya Lihat video ini disini: https://www.youtube.com/watch?v=47ygfZop-2c

Kisah 3 Abdul

Wauzes,,,,1 perkataan yg aku amat  gemari ^^ Hari nie setelah menghabiskan separuh hariku <9pg-4.30ptg> di Perpustakaan Sultanah Bahiyah, akhirnya aku buat keputusan untuk makan. Destinasi pilihan? semestinya cafetaria DPP SME Bank ,milik mak ngah & pak ngah! huhu ("~) Erm,belek punya belek menu yg terpampang atas meja order, last2 aku pilih "Maggi Sup", baik punya! hehe... Alhamdulillah,makanan yang diorder sekejap je dah siap,,Sayang lebih pada tukang masak tu! Terbaik di situ (^_^) Nak dijadikan kisah, masa tgh syok makan tu tengok2 lah TV kat depan dewan tu. Wah,pak ngah pasang cerita "3 Abdul" lah ,bestnyer. Nie kena tengok jap nie!Hahahaa.. Rasa seronok bile tgk cerita lakonan Allahyarham P.Ramlee. Tak kisah lah cerita apa pun,jalan cerita macam mana pun, semuanya pasti menyeronokkan dan sesuai untuk semua lapisan umur,dan paling penting pasti terselit pengajaran. Bahasa orang dahulu yg puitis,sopan dan penuh penghayatan, membuatkan perasaan  pe...

Lirik lagu : Air Mata Keinsafan..

Air mata keinsafan Yang mengalir di malam sepi Inilah dia pelembut jiwa Bagi mendapat kasih Ilahi Rintihan di pertiga malam Dari seorang hamba yang dhoif Kerna mengenang segala dosa Moga mendapat keampunan dari Ilahi Setiap kekasih Allah Menempuhi jalan ini Untuk mereka memiliki kejayaan Ayuh bersama kita susuli Perjalanan kekasih Allah Agar kita tiada rugi Dalam meniti hidup ini Deraian air mata ini Titisan yang paling berharga Buat menyimbah api neraka Moga selamat di titian Sirat Bahagia menuju syurga abadi Lagu : The Zikr Lirik : Nazrey Johani Hakcipta : OVA Productions