Skip to main content

Nangis.. (.-_-.)

Assalamualaikum dan salam semua...
salam kesedihan..sory coz tetibe pulak ucap salam kesedihan...

Petang tadi.....sesuatu berlaku..dan ianya mengimbau kembali memori semester lepas..Ya Allah..
Pelbagai persoalan menerpa di fikiran."Kenapalah benda nie berlaku waktu2 begini..." Kenapalah cuai sangat.." Kenapalah aku degil nak ambil angin.."  "Kenapa dan kenapa..."

Kenapa aku...
Disaat aku sedang menempuh tempoh peperiksaan..
aku...aku tahu..aku tak patut mempersoalkan perkara nie..kerana dugaan itu datang untuk menguatkan kita..
dan dugaan itu tidak Allah turunkan kepada kita melainkan Dia tahu kita mampu melaluinya...
Astaghfirullahalazim..Ya Allah..ampunkanlah atas ketidak-syukuran dan kebiadapan aku Ya Allah..
sesungguhnya Engkau lah yang maha Pengampun...jika ini adalah salah satu cara untuk Engkau meng'kifarah' dosaku...aku  redha Ya Allah...
Air mataku bergenang dan tidak berhenti mengalir....

Terasa asyik  nak nangis jer..

Semester lepas, sewaktu di ambang peperiksaan , aku mengalami kemalangan di Round-about UUM. Lebih kurang waktu yang sama, iaitu hampir senja. Semester nie pulak, aku disaman...saat aku ditanya oleh pakcik UK yang berdua dimana lesen,kad matrik, ak terpaku. Allah,aku tak bawak. Yelah kan cuma ingat nak jalan-jalan, ambil angin petang. Tak sangka acik2 UK tengah menunggu di laluan Muamalat..adush..sekali diorang tahan pulak..apelagi.. jawab jelah dengan sejujurnya yg  memang x bawak tp kalau nk jgk,saya sanggup balik ambil ,tambah ku.. terus dia kata nie kena saman banyak nie..Ya Allah, pakcik, saya sanggup balik DPP ambil lesen dan kad matrik saya..Kenapalah pakcik cakap macam nie...

macam nielah air mata aku...

Tetibe je air mata bergenang..aku tak tau kenapa..tapi aku rasa macam Allah sengaja nak uji aku lagi..entah..terasa macam Allah nak kifarah dosa aku je..aku tak tau kenapa tetibe aku rasa bersalah, bersalah yang teramat padaNya.. Dalam hatiku berbisik, Ya Allah apakah yang aku lakukan hari ini sehingga Kau turunkan hukuman begini padaku... Sepanjang perjalanan untuk mengambil lesen di bilik, aku lepaskan tangis esak aku sepuasnya..aku meraung sekuat hati aku..(nasib baik pakai helmet,dptlah cover dari dilihat orang)
Inilah lesen saya..hehehehe


Then lepas amik lesen semua, aku menuju kembali kepada pakcik UK tu. Tetibe pulak salah seorang tu tanya aku " Awak nie memang fobia ea, memang senang nangis kalau ada benda buruk berlaku yer? " sambil buat muka tertanya-tanya , mengambil kad matrik aku dan menuju ke keretanya untuk menyaman aku...dush..



"Adush,pakcik. saya nie memang senang nangis kalau pakcik nak tau,tambah2 pulak esok nak exam, sape x sedih, dahlah perkara ni mengimbau kembali memori kemalangan sem lepas dan saya nie pulak dahlah jenis sangat2 mengingati perkara buruk yang berlaku dgn amat jelas,,,,, "---> tapi  aku cuma bisik dalam hati jelah...buat pa nak gtau an..diam-diam sudah..
Bila dia tanya tu, aku hanya mampu mengangguk coz aku tau memang salah aku pun...
Buat apa nak panjang lebar bercerita or berbalah or apa2 lagilah kan... (",)
(p/s: bahasa sy mmg kasar sikit,tapi itu hanyalah monolog..xberani kowt nk berkasar ngan org tua..)

Bila dah tak tertahan..aku pun menangis sambil menekup mulut...

Emmmm, tapi pas dia tanya tu, siyes aku memang bertambah TAK mampu tahan genangan air mata. Terus je aku palingkan muka dan menangis sambil tekup mulut,tanpa bunyi. Yang terlihat hanyalah aliran air mata yg berderai-derai,setitik demi setitik. Serius, aku memang sangat2 sedih..coz..aku bukan x cuba apply sticker..aku bukan xlakukan apa2..aku turun naik JPJ dekat 5-6kali..p mahkamah lagi..then turun naik pejabat DPP beberapa kali, sebab nama pada geran bukanlah nama aku atau nama ahli keluarga aku..ini lah permasalahannya bila beli motor  secondhand..dan nama pemiliknya belum ditukar lagi...tambah pula pemiliknya dah uzur dan kini mengikut anaknya di Shah Alam.. (p/s: identiti dan hubungan pemilik dirahsiakan,hehehe).
Waktu tu pulak tengah gerimis,pakcik UK yang lagi sorang tu sibuk kemas kon dan masukkan dalam kereta UK.

Then,selang beberapa ketika pakcik UK yg lg satu mai balik kat aku sambil berkata , "hari dah nak hujan nie, jalan baik2."...
waaaaaa...bertambahlah aku menangis...dah lah kena saman...hujan pulak tu... hujan ni macam tau2 jer feeling aku..macam saja nak teman aku..saja je xnak bagi aku nangis sorang2 an.. (.-_-.) wuuuu..wuuuwuuwuwuuuuu....

Macam budak kecik kan sy nangis...

Aku teringat kembali segala macam dosa2 yang aku lakukan...

Balik bilik,solat maghrib, baca Quran, then capai laptop dan terus menaip blog sambil layan lagu Inteam-KeredhaanMU :





"Ya Allah, Ya Tuhanku ,HambaMu merindukan  rahmat kasih sayangMu dan jua keredhaanMu   dalam hidupku "

"Meskipun ku ulangi dosa noda yang menjanjikan azab sengsara namun ku sedari keampunanMu tidak bertepi "

"Ku akui diri ini hamba yang mungkir pada janji-janji ,jadikanlah taubat ini yang sejati padaMu Ilahi"

"Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku ,Ya Allah redhakanlah kehidupanku. moga terhapus penghijab kalbu antara Kau dan aku."

Hurm...aku memang suka layan lagu2 nasyid..coz ia mampu memberikan aku  inspirasi terutamanya saat2 bersedih...tambah2 kalau lagu nie, lagilah..mmg terasa betul..tertusuk betul..yelah,kita nie kan manusia biasa kan..sering je melakukan kesilapan..sering je lupa padaNya..

I love NASYID! ^_^

Teringat kata2 seorang pendakwah nie..menurutnya...masa kita sihat walafiat dan sentiasa menunaikan ibadah kita+sentiasa mengingatiNya ,Allah bertundak sebagai satu2nya Tuhan kita(memang pun! ^_^) ..tapi, bila kita mula lalai kepadaNya, saat itu DIa  ibarat doktor,  dimana kita akan berjumpa denganNya untuk mendapatkan ubat penawar...best kan analogi tu...so,nampak sangatlah  aku lalai dan Allah timpakan ujian aku kembali mengingatiNya, agar aku bertemu ubat penawar apabila bertemu dengan Doktor terbaik ni.....MasyaAllah, Allah Maha Agung..Subhanallah,Maha Suci Allah..Allahhu akbar,Allah Maha Besar.. 


Semoga aku dapat menerima segala yang berlaku dengan berlapan dada, akan aku cuba dengan seikhlas hati,saya cuba!InsyaAllah.. 
Terfikir-pk aku, tertanya-tanya, termangu-mangu.. no wonderlah, Islam tu "The Way of Life".. patutlah Rasulullah menjadi idola setiap mukmin.. memang tak patut dipersoalkan lagi..dan x dinafikan lagi..kerna Islam itu mengajar umatnya agar redha dan pasrah akan ketentuanNya..agar bersabar walau apa jua yang berlaku...

Semut pun tau ganjaran bersabar ..

Lagipun kalau nak dibandingkan ujian yang menimpa aku dengan apa yang dialami oleh rakyat Palestin,apalah sangat kan.. (-_-') so,kenalah lagi kuat! 

Anyway, Thanx my beloved FwEN, Miss Bear yang sentiasa berada di sisi tatkala dugaan menimpa and

SoRRy FoR EVERYTHING!!! (^_*)  Uhibbu ki fillah! ^_^






Comments

  1. alahai... tak perlu ditangis lah perkara begini ya...

    ReplyDelete
  2. okie,my dear..terok kan..senang sgt nangis..papepun Thanx..:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Ada kaca ada gelas, dah baca, xreti reti ke nak balas??? :P

Popular posts from this blog

Kisah 3 Abdul

Wauzes,,,,1 perkataan yg aku amat  gemari ^^ Hari nie setelah menghabiskan separuh hariku <9pg-4.30ptg> di Perpustakaan Sultanah Bahiyah, akhirnya aku buat keputusan untuk makan. Destinasi pilihan? semestinya cafetaria DPP SME Bank ,milik mak ngah & pak ngah! huhu ("~) Erm,belek punya belek menu yg terpampang atas meja order, last2 aku pilih "Maggi Sup", baik punya! hehe... Alhamdulillah,makanan yang diorder sekejap je dah siap,,Sayang lebih pada tukang masak tu! Terbaik di situ (^_^) Nak dijadikan kisah, masa tgh syok makan tu tengok2 lah TV kat depan dewan tu. Wah,pak ngah pasang cerita "3 Abdul" lah ,bestnyer. Nie kena tengok jap nie!Hahahaa.. Rasa seronok bile tgk cerita lakonan Allahyarham P.Ramlee. Tak kisah lah cerita apa pun,jalan cerita macam mana pun, semuanya pasti menyeronokkan dan sesuai untuk semua lapisan umur,dan paling penting pasti terselit pengajaran. Bahasa orang dahulu yg puitis,sopan dan penuh penghayatan, membuatkan perasaan  pe

Lirik lagu : Air Mata Keinsafan..

Air mata keinsafan Yang mengalir di malam sepi Inilah dia pelembut jiwa Bagi mendapat kasih Ilahi Rintihan di pertiga malam Dari seorang hamba yang dhoif Kerna mengenang segala dosa Moga mendapat keampunan dari Ilahi Setiap kekasih Allah Menempuhi jalan ini Untuk mereka memiliki kejayaan Ayuh bersama kita susuli Perjalanan kekasih Allah Agar kita tiada rugi Dalam meniti hidup ini Deraian air mata ini Titisan yang paling berharga Buat menyimbah api neraka Moga selamat di titian Sirat Bahagia menuju syurga abadi Lagu : The Zikr Lirik : Nazrey Johani Hakcipta : OVA Productions

My Boss My Hero - Japan Yakuza (^_*)

My Boss My Hero.... "My Boss My Hero mengisahkan tentang seorang calon pewaris salah satu geng Yakuza di Kantou bernama Sakaki Makio. Dek kerana kebodohannya,dia telah merosakkan 1 transaksi bernilai puluhan juta dolar, lalu dia diminta ayahnya untuk masuk high school agar dia mampu mengurangi kebodohannya sedikit (^-^) . Makio terpaksa mematuhi ayahnya karena ia terancam dari dilucutkan sebagai calon pewaris geng Yakuza generasi ke-3 jika dia tidak mampu graduate . Ternyata di sekolah Makio tidak hanya mempelajari matapelajaran akademik shj. Makio juga belajar soal kehidupan, cinta, dan persahabatan. Untuk pertama kalinya Makio mendapatkan teman-teman sejati, jatuh cinta, dan berbahagi suka-duka bersama-sama teman sekelas. Tetapi di luar kegembiraan itu, Makio juga harus ingat pada tujuan utamanya masuk high school, iaitu bergelar diploma kelulusan. Pastinya ianya adalah sesuatu yg sangat sulit apabila mengenangkan