Assalamualaikum semua..
Salam keceriaan.. :)
Alhamdulillah,akhirnya mampu juga saya mengukir senyuman di wajah setelah "ketensionan" exam yang berderet-deret . Syukur yang teramat..Alhamdulillah,segala puji hanya untukNya..
humm..humm..humm..nak buat entri pasal apa yer..ketandusan idea pulak dah..hehe..
Hurm,memandangkan baru je menunaikan solat sebentar tadi, jadi apekate kita berbicara mengenai ---------------"K.H.S.Y.U.K dalam S.O.L.A.T ."--------
Khusyu‘ dalam sembahyang ialah menghadirkan hati kepada Allah di dalam sembahyang. Ia merupakan hakikat batin yang sebenar-benar bagi suatu sembahyang. Hakikat zahirnya pula ialah perbuatan anggota seperti berdiri, membaca, ruku‘, sujud dan sebagainya. Kedua-duanya mestilah dilaksanakan dengan sempurna. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: “Sembahyang itu dua-dua rakaat, terdapat tasyahhud pada setiap dua rakaat, kekhusyu‘an hati, bersungguh-sungguh memohon dan merendah diri serta ketenangan hati……..”
Khusyu‘ dalam sembahyang itu merupakan antara kunci yang penting untuk memberi kesan yang baik secara efektif kepada orang yang mendirikannya. Allah Ta‘ala menggelar mereka
sebagai orang mukmin yang berjaya.
Allah Ta‘ala berfirman,tafsirnya:
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyu‘ dalam sembahyangnya.”
(Surah al-Mukminun, ayat 1-2)
Ha,dah dapat belom sebab musabab kita kena khusyuk dalam solat???? hehe..harap2 dapat lah yerk..
Jadi,seterusnya jom kita tinjau-2 tips-tips untuk khusyuk dalam solat..:
1. Pertamanya, wudhuk yang sempurna. Dalam konteks ini, seharusnya kita pastikan semua rukun wudhuk dilaksanakan sesempurnya seperti kesemua anggota wudhuk telah terkena air sepenuhnya. Mungkin ada diantara kita yang berwudhuk hanya sekadar wudhuk janji dah basah, asalkan sudah dilalukan air, kan kan kan,,,Kawan2, berwudhuklah seperti Nabi Muhammad saw..
Cubalah..dan anda akan merasakan nikmatnya...disaat titisan air mutlak mengalir membasahi anggota wudhuk, suatu ketenangan akan menyapa diri dan membawa bersama kesegaran yang sukar digambarkan..dan cubalah anda bayangkan setiap air yang mengalir itu membawa pergi bersama dosa-2 kita...MasyaAllah..kalau lah kita nampak kan, rasanya oengsan sebelum sempat habis berwudhuk..Kepada anda yang mungkin berminat untuk mempelajari cara-cara Nabi berwudhuk, bolehlah mencari video bertajuk "Fattabiouni-Berwudhuk Cara Rasulullah" di Youtube.
Cubalah..dan anda akan merasakan nikmatnya...disaat titisan air mutlak mengalir membasahi anggota wudhuk, suatu ketenangan akan menyapa diri dan membawa bersama kesegaran yang sukar digambarkan..dan cubalah anda bayangkan setiap air yang mengalir itu membawa pergi bersama dosa-2 kita...MasyaAllah..kalau lah kita nampak kan, rasanya oengsan sebelum sempat habis berwudhuk..Kepada anda yang mungkin berminat untuk mempelajari cara-cara Nabi berwudhuk, bolehlah mencari video bertajuk "Fattabiouni-Berwudhuk Cara Rasulullah" di Youtube.
2. Keduanya, sebelum mulakan solat ingatlah akan kematian dan insyaAllah akan timbul keinsafan dalam diri..sambil2 tu cuba katakan diri kita bahawa ajal maut itu ditangan Allah maka beribadatlah seperti kita akan menemui kematian..
3. Seterusnya, laungkan azan atau iqamat, baca surah an-nas serta berdoa mohon dijauhkan dari gangguan syaitan yang direjam.
4. Next, fahami bacaan dalam solat serta hayatilah tiap2 bait makna sehingga menusuk ke sanubari..
Contohnya:
Takbiratul Ihram & Takbir - Allah Maha Besar
Doa Iftitah :
"Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi dengan suasana lurus dan berserah diri, dan aku bukanlah dari golongan yang musyrik. Sesungguhnya solat ku, iabadahku, hidupku, matiku adalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu baginya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang islam."
Al-Fatihah:
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam. Yang Pemurah lagi Maha Mengasihani, Yang Menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepada engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-2 yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka. Bukan pula jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat."
Bacaan ketika rukuk - Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dan segala puji-pujian bagiNya
Bacaan ketika bangun dari rukuk - Allah mendengar pujian orang yang memujiNya
Bacaan ketika iktidal - Wahai Tuhan kami Yang Maha Tinggi dan segala puji bagiNya
Bacaan ketika sujud - Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dan segala puji-pujian bagiNya
Bacaan ketika duduk diantara 2 sujud :
"Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berikanlah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan aku."
Bacaan ketika tahiyat awal:
"Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera keatas Engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-2 Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku nak sasi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad."
Bacaan ketika tahiyat akhir :
"Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera keatas Engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-2 Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku nak saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Muhammad sebagaimana Engkau selawatkan keatas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan keatas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim didalam alam ini. Sesungguhannya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut :
"Ya Allah berilah aku petunjuk sebagaimana orang-2 yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-2 yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang yang telah Kau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-2 yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Kau tetapkan. Sesungguhnya Kau sahajalah yang menetapkan dan tak siapa pun yang berkuasa menetapkan seuatu selain daripada Engkau.Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-2 yang Kau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan Maha Tinggu Engkau. Hanya Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-2 yang telah Kau tetapkan. Dan aku pohon keampunan dan bertaubat kepadaMu. Dan Allah merahmati Muhammad, nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabatnya.
5. Akhir sekali, disujud yang terakhir mohonlah didalam hati, agar dikurniakan keampunan sambil berazam tidak akan mengulangi dosa yang sama..
Itulah sedikit sebanyak tips2 yang Alhamdulillah, sy masih cuba amalkan meskipun kadang2 diri sendiri pun tak berjaya khusyuk...
Teringat kata-2 seorang ustaz di ikim.fm berkata :
"Sesungguhnya solat itu menjadi penghalang sebesar-besarnya bagi kita melakukan perkara kekejian dan kemungkaran..bagi kita yang merasakan solat lima wajtu itu sebagai dinding@penghijab dari kemaksiatan..setiap kali kita mempunyai niat untuk berbuat kemaksiatan, ingatlah bahawa aku adalah orang yeng bersolat--yang membezakan aku dan golongan kafir..maka jagalah kekhusyukan didalam solat..peliharalah hatimu..."
Based on kata-2 ustaz nie, kesimupulannya solat yang khusyuk menjamin kita dari melakukan kemungkaran..dan solat itu sendiri adalah alat yang membezakan kita dan orang kafir,...Jadi jom kita solat!! solat dengan penuh kekhusyukan.. :)
btol...btol...btol...
ReplyDeletesoat itu tiang agama..
dan kekhusyukan dalam solat adalah penting...
ezah ko ingat tak lagi nasihat ustaz rahman..
"siapa yang kekhusyukan dalam solat, akan mendapat kemanisan iman".
terima kasiah kerana berkongsi dan berdakwah...
smile always =)
aidiel,
ReplyDeleteyup2..
trust me, once u get the feeling, it can lead u to cry!
erm..yg kata2 ustaz Rahman tu,aku dah xberapa nak ingat lah aidiel..hehe...aku kat DM pun smpai form 3 je an..lepas tu..mane ada pape dah..dengan korang2 pun ramai yg dah lost contact..huhu
tapi an..seriously,aku rindukan korang sgt2! :>