Terus melangkah tanpa arah
Harus mengalah dan mengaku kalah
Harus mengalah dan mengaku kalah
Lelah
Jalan sendiri
Mencari arti dan pasti
Sepi
Mencari arti dan pasti
Sepi
Namun masih ada hati
Dan semoga esok masih akan ada hari
Hingga takkan lagi
Sedih...
Saje jer ku pilih bait-bait puisi diatas..kerana, aku percaya>>Dan semoga esok masih akan ada hari
Hingga takkan lagi
Sedih...
Pastinya,semua orang pernah merasa sedih. Sedih padaku adalah satu konotasi yg amat bermakna, yg menggambarkan jiwa semua manusia. Sebab,semua orang memilikinya. Sekuat mana, segarang mana, sekeras mana seseorang itu, dia tetap punya perasaan. Allah kurniakan pelbagai rasa dlm diri manusia, gembira,suka, girang,ceria, marah, geram, bahagia dan sebagainya. Untuk apa??
Jawabnya; untuk manusia MERASAINYA..
Kesedihan adalah lawan bagi 'kegembiraan' , sama seperti racun yang berlawanan dengan penawar.. Apajua sifat kehidupan, samada sedih atau gembira, fitrahnya adalah sementara.. Cuma sampai suatu saat, ia akan berlalu ibarat hujan yang menyimbah bumi; ataupun ribut taufan yang menggoncang bumi..Meskipun kesannya mungkin saja memusnahkan sebahagian alam, namun akhirnya, mentari akan timbul jua.. Sekalipun kesedihan dan tangisan mungkin memusnahkan perasaab, usahlah keterlaluan memegang keperitan itu..
Bersyukurlah dengan apa yang ada, begitu jua dengan apa yang diterima; sebagai lambang bahawa KITA TETAP INSAN BIASA...TETAP LEMAH... pergantungan kepada Allah jua akhhirnya..
"Sedih..Itu adalah 'the third view' of me. I'm trying to put myself in the condition, though i'm still not experiencing it yet. hihi. (^_*)
Mungkin sahaja ...
Aku sedih kerana kehilangan orang tersayang..kehilangan ibu dan ayah..kehilangan sahabat sejati..Aku begitu sedih.. tersangat sedih sehingga dirasakan bumi ini tersangat gelap..tiada lg ruang buatku disini..apatah lg,aku merupakan punca mereka pergi...AKULAH PENYEBABNYA...
Sedih...
Mungkin sahaja..
Aku sedih kerana menghancurkan hati insan-insan yang disayangi. Melukakan hati ibu dan ayah terutamanya. Dihantar jauh-jauh untuk menyambung pelajaran,namun sebaliknya yang berlaku. Asyik dengan dunia sendiri, menghabiskan masa dengan teman-teman. Enjoy sana sini. Lupa mana arah tujuan. Lupa pengorbanan mereka>>mereka yang setia disisi suatu ketika dahulu...<<
Yang diharapkan surat DEKAN tiba, namun yg diterima surat BUANG U.. apakah rasanya saat itu. kalau aku sedih, pasti berlipat kali ganda yang mereka rasa.. "
>>>To be honest, kelmarin 30 Disember 2010; aku amatlah SeDiH.. Ya Allah, ketensionan melanda diriku akibat tak habis study lagi dan pada saat itulah SYAITAN datang mengacau perasaanku yang sedang kacau bilau.
Semuanya terimbas kembali dalam ingatan. Segala saat duka zaman silam menerpa dalam fikiran. Harapan ibu ayah menambah tekanan.
"Aku....Aku takut,,, Aku takut menghampakan perasaan mereka.."Monolog aku bersendirian. Temanku yang dihadapan kian curiga. Apa agaknya yg aku pendamkan. kerapkali diaju persoalan "kenapa nie?" .. namun aku hanya membiarkankan ia berlalu. Aku kuncikan mulut, diamkan diri.
Dan inilah yang dilakukannya. Memandang tepat ke mata ku. Aku cuba untuk tersenyum, namun mata takkan pernah menipu. Mata.. Dihiasi alis mata yang menawan beserta kelopak mata sebagai perisai, dan air mata sebagai aksesori paling berharga.. Titisan air mata menggambarkan persaan duka. Dan titis-titis jernih itu membawa pergi bersama saat2 duka.. Curahannya menenangkan jiwa si empunya diri. Lelehannya membuatkan diri merasa senang akhirnya.. Akhirnya,mataku tidak mampu membendung tekanan atmosfera yang diletakkan diatas kelopak mataku. Segalanya terburai. Segala perasaan yang terbuku dihati kucurahkan, pada si dia, TEMANKU.. perasaan STRESS yang melanda mengakibatkan aku begitu sedih ibarat seorang bayi yang kehilangan ibunya.. chewahhhh...>>The best persOn in ur life is when u tell "YES I'M FINE" n u knOw dat persOn wOuld lOok intO ur eyes n say "ENoUGH, NOW, TELL ME THE TRUTH"<<
Where is my mummy??...
Mummy , i need u....
Well, itulah kisahnya. Haha. Aku dah boleh tersenyum girang, ketawa dengan bebasnya coz " my feeling had been burn up! by a cheerful and sincere friend.."
Alhamdulillah, dengan adanya teman disisi, aku merasa lebih senang, lebih bahagia . Teman tempat berkongsi suka dan duka. Teman kemana-mana.. Hehe.. Itulah manisnya berukhwah kerana Allah. Moga teman kita pada hari ini mampu menemani kita ke akhirat sana!! InsyaAllah! (^_^)
Hold my hand friend..!! (^_^)
(^_*)
ReplyDelete=P
ReplyDeleteJust a smiley? it should be sad ma..hihi
ReplyDelete