Skip to main content

Hulurkan Tangan, Ringankan Beban... Itulah ukhwah_fil_Islam (^_^)

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Pada hari kiamat kelak Allah Azza Wajalla berfirman: “Hai anak Adam! Aku sakit. Mengapa tidak engkau kunjungi Aku?” Jawab anak Adam: “Wahai Tuhanku. Bagaimana mungkin aku mengunjungi Engkau padahal Engkau Tuhan semesta alam?” Firman Allah Taala: “Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-Ku si fulan sakit, mengapa kamu tidak mengunjunginya? Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu kunjungi dia, kamu akan mendapati-Ku di sisinya?” “Hai anak Adam! Aku minta makan kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku makan?” Jawab anak Adam: “Wahai Tuhan. Bagaimana mungkin aku memberi Engkau makan, padahal Engkau Tuhan semesta alam?” Firman Allah Taala: “Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-Ku si fulan minta makan kepadamu tetapi kamu tidak memberinya makan. Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu memberinya makan nescaya engkau mendapatkannya di sisi-Ku?” “Hai anak Adam! Aku minta minum kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku minum?” Jawab anak Adam: “Wahai Tuhan, bagaimana mungkin aku memberi Engkau minum padahal Engkau Tuhan semesta alam?” Firman Allah Taala:”Hamba-Ku si fulan minta minum kepadamu, tetapi kamu tidak memberinya minum. Ketahuilah seandainya kamu memberinya minum, nescaya kamu mendapatkannya di sisi-Ku.”
(Muslim)
Huraian:
Berikanlah bantuan kepada orang yang berada di dalam kesempitan. Kelak Allah akan melepaskan kita semasa kita berada dalam kesusahan. Keyakinan kepada balasan baik Allah akan merangsang kita untuk melakukan amalan dan kebajikan dengan lebih banyak.

Comments

  1. berbuat baik kerana Allah, pasti hidup diberkati~

    ReplyDelete
  2. dats rite..n dengan berbuat baik juga mampu menceria kan kita..:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Ada kaca ada gelas, dah baca, xreti reti ke nak balas??? :P

Popular posts from this blog

Kisah 3 Abdul

Wauzes,,,,1 perkataan yg aku amat  gemari ^^ Hari nie setelah menghabiskan separuh hariku <9pg-4.30ptg> di Perpustakaan Sultanah Bahiyah, akhirnya aku buat keputusan untuk makan. Destinasi pilihan? semestinya cafetaria DPP SME Bank ,milik mak ngah & pak ngah! huhu ("~) Erm,belek punya belek menu yg terpampang atas meja order, last2 aku pilih "Maggi Sup", baik punya! hehe... Alhamdulillah,makanan yang diorder sekejap je dah siap,,Sayang lebih pada tukang masak tu! Terbaik di situ (^_^) Nak dijadikan kisah, masa tgh syok makan tu tengok2 lah TV kat depan dewan tu. Wah,pak ngah pasang cerita "3 Abdul" lah ,bestnyer. Nie kena tengok jap nie!Hahahaa.. Rasa seronok bile tgk cerita lakonan Allahyarham P.Ramlee. Tak kisah lah cerita apa pun,jalan cerita macam mana pun, semuanya pasti menyeronokkan dan sesuai untuk semua lapisan umur,dan paling penting pasti terselit pengajaran. Bahasa orang dahulu yg puitis,sopan dan penuh penghayatan, membuatkan perasaan  pe...
Wah, baru saya perasan seseorang telah mengomen saya , baru je, kelmarin kalau x silap. Dalam komennya, dia tertanya-tanya berkenaan status profile saya.  Dush. *hehe,sengaja wat2 mcm nak pengsan "LoV to lauGh!! (^_^)  Smiles MakEs Me FeEl BeTtEr =)" inilah status saya @ description tentang diri saya. Kalau anda tertanya-tanya kenapa entri sy banyak berkenaan kisah sedih dan ternyata jauh berbeza dengan status sy tu,,,, Jawapannya, adalah... hehe..sebenarnya..saya memang seorang yg agak suka senyum+sengih2 ala2 kerang busuk tu..n suka sangat benda heppy2..plus x suka benda stress2 nie.. Tapi, hidup nie kan tak pernah lekang dari dugaan n kesedihan.. hurm..n maybelah..saya rasalah kan sy nie seorang yg bila heppy, heppylah teramat smpai x engat doOonia..tapi bila sedih..adoiyai..sedihnya yg teramat..hurm,x caya? ce tanya Miss Bear,,,@Kn Khairunnaimah..hehe.. dia memang dah masak ngan sifat semulajadi saya.. ce tanya dia, sepanjang bersahabat ngan dia apa yg ...

Lirik lagu : Air Mata Keinsafan..

Air mata keinsafan Yang mengalir di malam sepi Inilah dia pelembut jiwa Bagi mendapat kasih Ilahi Rintihan di pertiga malam Dari seorang hamba yang dhoif Kerna mengenang segala dosa Moga mendapat keampunan dari Ilahi Setiap kekasih Allah Menempuhi jalan ini Untuk mereka memiliki kejayaan Ayuh bersama kita susuli Perjalanan kekasih Allah Agar kita tiada rugi Dalam meniti hidup ini Deraian air mata ini Titisan yang paling berharga Buat menyimbah api neraka Moga selamat di titian Sirat Bahagia menuju syurga abadi Lagu : The Zikr Lirik : Nazrey Johani Hakcipta : OVA Productions