Jumaat , 03/12/2010 - Hamas mengecam keras tentera  Zonis (IOF) dalam penahanan MP Nayef Al-Rajoub di Al-Khalil pada Rabu  serta menahan 10 ahli parlimen Palestin yang lain.
Sebuah sumber yang bertanggung jawab di Hamas mengatakan dalam siaran  akhbar bahawa penahanan baru ahli parlimen tersebut, yang dibebaskan  dari penjara Israel hanya lima bulan lepas setelah empat tahun  dipenjarakan, adalah “kejahatan yang keji”.
Akhbar itu melaporkan bahawa MP tersebut menjadi sasaran kempen  keselamatan daripada militia keselamatan Ramallah untuk mencegah beliau  daripada berkhutbah di masjid-masjid.
Gerakan Hamas mendesak pihak berkuasa Ramallah untuk berhenti dari  bekerjasama dalam hal keselamatan dengan IOF, dan menyeru kepada  kumpulan-kumpulan hak asasi manusia, parlimen, dan orang-orang merdeka  di dunia untuk campur tangan dan memberi tekanan ke atas Israel dalam  melepaskan ahli parlimen mereka.
 Berjuanglah demi Islam dan demi cinta kepada PAlestin!! (^_^)




Comments
Post a Comment
Ada kaca ada gelas, dah baca, xreti reti ke nak balas??? :P