Skip to main content

Semangat Mama Gaza


Beliau pernah menjadi peguam selama 2 tahun sebelum menjawat jawatan sebagai penasihat undang-undang di sebuah bank. Siti Jamilah berhenti kerja pada 1994 untuk member perhatian kepada 2 anaknya yang sedang membesar di samping mendekatkan dirinya dengan ilmu agama.  Begitulah sedikit info mengenai dirinya.

Hatinya runsing tatkala mendengar perkhabaran mengenai konvoi bantuan antarabangsa , Viva Pelestina yang tersadasi selama 2 minggu di Lattakia,Syria. “Ini tidak boleh dibiarkan.”monolognya. Lantas beliau mencapai laptop kesayangannya dan menekan butang-butang diatas papn kekunci. Akhirnya, siaplah sepucuk surat lalu dikirimkannya kepada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.  Surat rayuan bagi mendesak kerajaan Mesir agar membuka laluan. Itulah yang dirasakan patut beliau lakukan selaku Timbalan Pengerusi Viva Palestina Malaysia (VPM). Beliau turut menghantar surat rayuan kepada Ketua Perwakilan Kedutaan Mesir di Malaysia,Tamer G. El-Mawari.  Tidak sampai dua hari, konvoi Viva Palestina 5-Lifeline to Gaza mendapat kebenaran memasuki Gaza melalui Pelabuhan El-Arish. Konvoi tersebut membawa bersama 14 sukarelawan tempatan dan telah selamat pulang ke tanah air pada 25 Oktober lepas. Pelbagai ubat-ubatan,bahan binaan dan alatan belajar selamat disampaikan.

Bercerita mengenai dirinya, beliau sering tertarik akan isu global dan kemanusiaan. Sejak di bangku sekolah ,beliau merupakan ulat buku dan minat untuk mengetahui tentang dasar diskriminasi warna kulit atau dasar perjuangan Aparteid di Afrika dan perjuangan tokoh seperti Nelson Mandela, Mahatma Gandi dan Martin Luther King. Namun Nabi Muhammad mendahului dalam senarai tersebut,perjuangannya yang membela martabat kaum wanita terutamanya, sangat mengharukan.
“Tidak kira apa jua warna kulit kita, darah kita masih sama; MERAH..Mengapa perlu menghina sesame manusia. ”

Begitulah katanya apabila menyentuh mengenai isu kemanusiaan sejagat.  Tambahnya, beliau sendiri bersifat antarabangsa. Datuknya berasal dari Yemen, suaminya mempunyai darah Cina Hong Kong sementara anak perempuannya berkahwin dengan lelaki Ireland yang berdarah campur Bahrain.
Dalam pada sibuk menjawat jawatan penting tersebut, beliau masih bergiat aktif untuk menyumbangkan sesuatu untuk komuniti. Pada tahun 2004, beliau melancarkan persatuan Muslim Profesional Forum Berhad (MPF). Ianya ditubuh atas kesedaran tentang keperluan ceramah bahasa Inggeris untuk membantu golongan yang baru mendalami Islam. Selain penceramah tempatan seperti Hussei Yee, pertubuhan  turut menjemput ahli dari luar negara seperti Moez Moussad dari Mesir, Bro Rahim Greene dari Britain dan Yahya Adil dari Indonesia. Kem remaja dan seminar turut dilakukan. 

Diedit dari Akhbar Kosmo, November 15 2010.


Comments

Popular posts from this blog

Kisah 3 Abdul

Wauzes,,,,1 perkataan yg aku amat  gemari ^^ Hari nie setelah menghabiskan separuh hariku <9pg-4.30ptg> di Perpustakaan Sultanah Bahiyah, akhirnya aku buat keputusan untuk makan. Destinasi pilihan? semestinya cafetaria DPP SME Bank ,milik mak ngah & pak ngah! huhu ("~) Erm,belek punya belek menu yg terpampang atas meja order, last2 aku pilih "Maggi Sup", baik punya! hehe... Alhamdulillah,makanan yang diorder sekejap je dah siap,,Sayang lebih pada tukang masak tu! Terbaik di situ (^_^) Nak dijadikan kisah, masa tgh syok makan tu tengok2 lah TV kat depan dewan tu. Wah,pak ngah pasang cerita "3 Abdul" lah ,bestnyer. Nie kena tengok jap nie!Hahahaa.. Rasa seronok bile tgk cerita lakonan Allahyarham P.Ramlee. Tak kisah lah cerita apa pun,jalan cerita macam mana pun, semuanya pasti menyeronokkan dan sesuai untuk semua lapisan umur,dan paling penting pasti terselit pengajaran. Bahasa orang dahulu yg puitis,sopan dan penuh penghayatan, membuatkan perasaan  pe

Lirik lagu : Air Mata Keinsafan..

Air mata keinsafan Yang mengalir di malam sepi Inilah dia pelembut jiwa Bagi mendapat kasih Ilahi Rintihan di pertiga malam Dari seorang hamba yang dhoif Kerna mengenang segala dosa Moga mendapat keampunan dari Ilahi Setiap kekasih Allah Menempuhi jalan ini Untuk mereka memiliki kejayaan Ayuh bersama kita susuli Perjalanan kekasih Allah Agar kita tiada rugi Dalam meniti hidup ini Deraian air mata ini Titisan yang paling berharga Buat menyimbah api neraka Moga selamat di titian Sirat Bahagia menuju syurga abadi Lagu : The Zikr Lirik : Nazrey Johani Hakcipta : OVA Productions
Wah, baru saya perasan seseorang telah mengomen saya , baru je, kelmarin kalau x silap. Dalam komennya, dia tertanya-tanya berkenaan status profile saya.  Dush. *hehe,sengaja wat2 mcm nak pengsan "LoV to lauGh!! (^_^)  Smiles MakEs Me FeEl BeTtEr =)" inilah status saya @ description tentang diri saya. Kalau anda tertanya-tanya kenapa entri sy banyak berkenaan kisah sedih dan ternyata jauh berbeza dengan status sy tu,,,, Jawapannya, adalah... hehe..sebenarnya..saya memang seorang yg agak suka senyum+sengih2 ala2 kerang busuk tu..n suka sangat benda heppy2..plus x suka benda stress2 nie.. Tapi, hidup nie kan tak pernah lekang dari dugaan n kesedihan.. hurm..n maybelah..saya rasalah kan sy nie seorang yg bila heppy, heppylah teramat smpai x engat doOonia..tapi bila sedih..adoiyai..sedihnya yg teramat..hurm,x caya? ce tanya Miss Bear,,,@Kn Khairunnaimah..hehe.. dia memang dah masak ngan sifat semulajadi saya.. ce tanya dia, sepanjang bersahabat ngan dia apa yg