Skip to main content

My Boss My Hero - Japan Yakuza (^_*)





My Boss My Hero....



"My Boss My Hero mengisahkan tentang seorang calon pewaris salah satu geng Yakuza di Kantou bernama Sakaki Makio. Dek kerana kebodohannya,dia telah merosakkan 1 transaksi bernilai puluhan juta dolar, lalu dia diminta ayahnya untuk masuk high school agar dia mampu mengurangi kebodohannya sedikit (^-^) . Makio terpaksa mematuhi ayahnya karena ia terancam dari dilucutkan sebagai calon pewaris geng Yakuza generasi ke-3 jika dia tidak mampu graduate .

Ternyata di sekolah Makio tidak hanya mempelajari matapelajaran akademik shj. Makio juga belajar soal kehidupan, cinta, dan persahabatan. Untuk pertama kalinya Makio mendapatkan teman-teman sejati, jatuh cinta, dan berbahagi suka-duka bersama-sama teman sekelas. Tetapi di luar kegembiraan itu, Makio juga harus ingat pada tujuan utamanya masuk high school, iaitu bergelar diploma kelulusan. Pastinya ianya adalah sesuatu yg sangat sulit apabila mengenangkan betapa bodohnya Makio(nak membaca n menulis kanji Japan pun dah luper..huhu)

Selain itu juga Makio harus bersaing dengan adiknya yang baru pulang dari Amerika untuk memrebut jawatan pewaris geng Yakuza generasi ke-3, serta perselisihannya dengan geng Yakuza saingannya yaitu Kumada Family. Dengan sokongan teman-teman sekelasnya dan konco-konconya yang setia,akhirnya Makio graduate juga..(^_*) "

Kat atas nie adalah sinopsis cerita MBMH yg aku copy dari laman web lain. hehe..mls pulak nak concludekan..

However,aku still rasa nak menulis. hihi.. well,i quite love writing,arts and human..hehe..
Ish,aku memang solute+respect r dengan Filem Japan nie. Dorang bukan jer wat filem cintan-cintun jer,tapi mcm2 lg mcm . Dokumentarilah, filem2 aksi(Tekken-joint dgn Holywood) , kisah2 adaptasi (One Little Tears, Kurosagi ) , kisah remaja-alam persekolahan (My Boss My Hero,Hanakimi) , kisah khayalan (Hanayori Dango-wujudke 4remaja yg tersangat kaya nie) dan banyak lagi lar.
Hurmmmm,,entah kenape aku terfikir; manusia menonton filem kerana apa yer? sebab boring ker, memuaskan nafsu , atau kerana mahu mencari dan menilai kualitinya? erm,mcm2 sebab ade ,kan?

" well,everyone has their own way of thinking and own way to accept sumthing from their view. That's their right! "
 Adush,,berfalsafah pulak dah aku nie..huhu.. Sebenarnye lah,ikut pandangan aku an, sebaiknya kalau kita buat something tu,

"Cubalah hayati dan fahami situasi tu sedalam mungkin dan carilah seberapa banyak iktibar yg boleh dijadikan tauladan..."
Actually,that was one of my dad's words.. wah, really miss all those words.. Those words that guide me in passing through the hard path..ok2,back to the story,hurmmm... Kisah nie mmg banyak mengajar aku terutamanya dlm mengenal erti persahabatan sejati, realiti kehidupan , percintaan yg menyayat hati dan kesepaduan.

Dalam mengharungi hidup nie, xmungkinlah kita mampu hidup berseorangan. Macammana pandai sekalipun,kaya manapun kita, kita masih perlukan teman samada rakan,kawan mahupun SAHABAT. Bersama merekalah kita merasai suka-duka, harungi liku-liku dan ranjau kehidupan . Bergelak ketawa, menangis , meraung dan menjerit.. Segalanya kita lakukan bersama. Menghayati usia remaja yg dipenuhi pelbagai aktiviti menyeronokkan lebih2 lagi masa di alam persekolahan- Hari Sukan, Hari Kualiti,Hari Koperasi-paling seronok coz dpt kupon mknn , Hari Kebudayaan, Sumbangseh, Malam Kesenian Islam dan banyak lagilah. Fuh,kalau diingat, mmg banyaklah dan MMG BEST! Kalau boleh dipatahbalik masa, pasti aku akn pilih untuk kembali ke zaman sekolah menengah. Fuh,dengan darah mudanya-dahagakan ilmu,kasihsyg ; dengan perangainya yg kebudak-budakan dan gedik2 ; dengan karenahnya yg pelbagai, dan paling HOT!! kisah2 percintaan remaja (couple @ cinta monyet) . Haha.. Macam2 kan ... Well, aku xdelah merasai kesemua xperience tuwh,
Tapi....>>>>
 Adelar kawan terdekat nie nyer experience. Ape lagi share2 lah an.. hihi.. Bestnyer.. Bergossip-act borak2 lar tu.  Sambil2 belajar bio dlm lab, main cuit2 coz nak kejutkan kwn yg termengantuk. Besela,dok hostel kan byk rutinnya sampai ke lewat malam. Kalaupun bkn rutin asrama, rutin sendirilah pulak..

Sentuh, pasal realiti kehidupan nei kan, sumone told me;
" We used to get what we dont want... "
 Ya,itulah kehidupan. Apa yg kita tak suka tu lah yg mendatang. Yg kita idam-idamkan pulak selalu je menghilang atau tidak menjenguk langsung dlm kehidupan kita... Inilah saat yg tepat untuk mengapikasikan ajaran Islam. Islam tidak mengajar ummatnya untuk mudah berputus asa ,sebaliknya agama yg SYUMUL ini mengajak kita agar lebih berfikiran positif, pandang segalanya dari sudut +ve maka pasti akan wujud ketenangan, pasti akan wujud sirna cahaya kebahagiaan..
" Whatever it is, never run away!! Just find a solution and face it..."
Itulah semangat REMAJA!!
Youth Strength!  
Youth Spirit is BOUNDLESS!!!


 Oklah, nampaknya hari pun dah nak pagi nei. Mata xmengantuk lagi , tp rasenyer nak juga baring sementara menunggu SUBUH dan kalau boleh nak jgk buat ibadah2 sunat ,InsyaAllah. Alhamdulillah, semenjak2 menjak nie, aku rasa aku dah jumpa identiti aku. Dan aku sgt berharap aku dapat istiQamah. Aku xmengharap untuk menjadi secantik Siti Nurhaliza, berperibadi seindah Siti Khadijah.. Cukuplah aku menjadi diri ku. Cukuplah dengan aku fahami diriku.. Juz, diingatkan walopon nak jd diri sebenar, kita mestilah adaptasikannya dgn ajaran ISLAM coz matlamat tak menghalalkan cara.. Sekian, wassalam (^_^)

Comments

Popular posts from this blog

Kisah 3 Abdul

Wauzes,,,,1 perkataan yg aku amat  gemari ^^ Hari nie setelah menghabiskan separuh hariku <9pg-4.30ptg> di Perpustakaan Sultanah Bahiyah, akhirnya aku buat keputusan untuk makan. Destinasi pilihan? semestinya cafetaria DPP SME Bank ,milik mak ngah & pak ngah! huhu ("~) Erm,belek punya belek menu yg terpampang atas meja order, last2 aku pilih "Maggi Sup", baik punya! hehe... Alhamdulillah,makanan yang diorder sekejap je dah siap,,Sayang lebih pada tukang masak tu! Terbaik di situ (^_^) Nak dijadikan kisah, masa tgh syok makan tu tengok2 lah TV kat depan dewan tu. Wah,pak ngah pasang cerita "3 Abdul" lah ,bestnyer. Nie kena tengok jap nie!Hahahaa.. Rasa seronok bile tgk cerita lakonan Allahyarham P.Ramlee. Tak kisah lah cerita apa pun,jalan cerita macam mana pun, semuanya pasti menyeronokkan dan sesuai untuk semua lapisan umur,dan paling penting pasti terselit pengajaran. Bahasa orang dahulu yg puitis,sopan dan penuh penghayatan, membuatkan perasaan  pe

Lirik lagu : Air Mata Keinsafan..

Air mata keinsafan Yang mengalir di malam sepi Inilah dia pelembut jiwa Bagi mendapat kasih Ilahi Rintihan di pertiga malam Dari seorang hamba yang dhoif Kerna mengenang segala dosa Moga mendapat keampunan dari Ilahi Setiap kekasih Allah Menempuhi jalan ini Untuk mereka memiliki kejayaan Ayuh bersama kita susuli Perjalanan kekasih Allah Agar kita tiada rugi Dalam meniti hidup ini Deraian air mata ini Titisan yang paling berharga Buat menyimbah api neraka Moga selamat di titian Sirat Bahagia menuju syurga abadi Lagu : The Zikr Lirik : Nazrey Johani Hakcipta : OVA Productions