Muktahir ini, kos hidup menjadi satu isu yang hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia. Terutamanya setelah pengaplikasian Cukai Barangan dan Perkhidmatan dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia pada awal April yang lalu.
Hidup dalam keadaan hampir semua harga barangan kian meningkat naik membuatkan bukan sahaja rakyat Malaysia, tetapi seluruh dunia, berada didalam keadaan tertekan. Pelbagai kos kehidupan perlu ditanggung. Ditambah pula dengan kehidupan masa kini yang memerlukan semakin banyak perbelanjaan. Bagi sebuah keluarga, mereka terpaksa menanggung kos asas seperti sewa rumah, bil elektrik & air, bil telefon & internet, perbelanjaan barangan dapur, kos pendidikan anak-anak (jika dulu anak-anak hanya belajar sendiri, tapi kini ramai yang menghantar anak2 ke pusat tusyen, ditambah pula dengan kelas tambahan seperti kelas muzik dan kelas mengaji), kos hiburan dan macam-macam lagi.
Hidup di zaman kini tidak lagi seperti zaman orang tua kita dahulu. Jika dahulu, ibu tinggal di rumah, menjadi suri rumah sepenuh masa mengatur hidup keluarga, mengajar dan mendidik anak-anak, memasak dan sebagainya. Tetapi kini, tuntutan hidup memaksa ramai ibu bapa bekerja sepenuh masa. Mengakibatkan kurang nya masa untuk memasak, bercucuk tanam, dan mendidik anak-anak.
Namun begitu, kita seharusnya bergerak selari dengan dengan perubahan semasa. Bak kata pepatah, "masuk kandang lembu mengembek, masuk kandang kerbau menguak". Pepatah Inggeris juga ada berkata, "when situation turns tough, its time to be rough". Manusia yang sentiasa hidup statik, tanpa sebarang perkembangan dan tidak cuba untuk mengikuti perkembangan semasa tidak akan ke mana. Kita perlu menyesuaikan diri dengan situasi baru. Begitu juga keadaan ini. Kita sebagai rakyat Malaysia, kini perlu lebih-lebih dan lebih lagi, menjadi lebih berhemah dalam menyusun perbelanjaan harian dan bulanan. Kita tidak lagi boleh berbelanja sewenang-wenangnya. Alasan "biar papa asal bergaya" tidak lagi masuk akal.
Disini, ingin penulis kongsikan beberapa tips penjimatan dalam berbelanja. Banyak diantara tip-tip ini penulis percaya ramai yang telah tahu dan ramai yang mengaplikasikannya di dalam kehidupan. Apa pun selamat membaca dan jika ada tip yang lain, boleh lah kongsikan dengan penulis.
Tip ini penulis dapat daripada pensyarah perakaunan semasa menuntut di universiti dahulu. Sehingga kini penulis masih lagi mengamalkannya dan ia ternyata amat berguna.
2. Rancang perbelanjaan
Daripada rekod-rekod perbelanjaan bulan-bulan yang telah lepas, kita akan dapat melihat 'trend' atau corak perbelanjaan kita. Perbelanjaan wajib bulanan seperti: elektrik, air, telefon, internet, sewa, barang dapur (barang masak-beras, gula, garam, rempah masakan), bahan cucian, kos penyelenggaraan kenderaan (tukar minyak hitam, minyak gear dsb.), kos makan luar dan perbelanjaan kosmetik. Dari sini, kita dapat melihat berapa perbelanjaan kita bulanan kita. Seterusnya, peruntukkan sejumlah amaun daripada gaji kita untuk perbelanjaan tersebut. Contohnya, gaji untuk bil elektrik & air RM100, sewa rumah RM300, telefon & internet RM200, barang dapur RM200, makan luar RM100, penyelenggaraan RM100. Jumlahnya RM 1,000. Pastikan apa yang kita belanja tidak melebihi peruntukkan yang telah dibuat. Jika terdapat kes luar biasa, selagi boleh tangguh, kita tangguhkan ke bulan hadapan supaya peruntukkan bulan ini tidak lari. Contohnya, telefon kita rosak dan kos pembaikan nya mencecah RM300. Jika terdapat wang lebih setelah semua perbelanjaan dilakukan, boleh lah kita terus membaik pulih telefon tersebut. Tetapi, jika peruntukkan telah habis, sila tangguhkan.
3. Simpanan
Disaat zaman ekonomi yang tidak menentu kini, adalah perlu bagi kita untuk lebih banyak menyimpan daripada berbelanja. Potong mana-mana perbelanjaan yang tidak penting dan masukkan ia kedalam simpanan. Penulis pernah mendengar seorang pakar motivasi berkata, "simpanlah, tidak kira berapa banyak pun, janji kita ada tabungan untuk masa hadapan. kalau kita mula menyimpan RM100 sebulan daripada usia 20, sekurang-kurangnya kita akan mempunyai RM36,000 pada usia 50 tahun." Ikut cara penulis pula, akan simpan sekurang-kurangnya 30% - 40% daripada pendapatan (sementara masih bujang), dan selebihnya akan digunakan untuk perbelanjaan.
4. Pelaburan
Setiap tahun dianggarkan kadar inflasi meningkat beberapa peratus. Bagi mengatasi kenaikkan ini, kita boleh melabur dalam pelaburan yang memberikan pulangan lebih dari kadar inflasi tersebut. Antara contoh pelaburan yang boleh diambil adalah pelaburan ASNB melalui pinjaman bank. Antara bank yang aktif mempromosikan pelaburan ini adalah CIMB Bank. Pada tahun pertama pinjaman, peminjam akan merasa terbeban sedikit kerana terpaksa membuat bayaran pinjaman. Namun bermula pada tahun kedua, pulangan dividen tahunan daripada pelaburan ASB ini dapat menggantikan bayaran pinjaman setahun. Dalam jangka masa pendek, peminjam terpaksa bersesak sedikit. Tetapi, untuk jangka masa panjang, ia memberikan pulangan yang lebih.
Itu sahaja tips daripada penulis. Jika terdapat sebarang cadangan lain yang anda lakukan, jangan segan untuk titipkan di ruangan komen.
Jangan lupa melayari laman web BR1M selaku penaja artikel ini!
* Artikel ini hanyalah pendapat dan cadangan peribadi penulis.

1. Rekod perbelanjaan
Setiap pembelian atau perbelanjaan yang dilakukan, jangan lupa untuk rekod atau catat. Sediakan sebuah buku kecil (buku '555'), masukkan dalam kocek atau masukkan kedalam handbag, dan bawa ia kemana sahaja. Penulis tahu, mesti ramai yang malas mahu mencatat setiap pembelian kan? Kalau anda malas, anda boleh juga menggunakan telefon pintar anda. Pelbagai aplikasi kini berada di pasaran. Bagi pengguna telefon pintar Windows 8, anda boleh cuba cari di setor. Antara aplikasi yang ada adalah 'Smart Budget'. Ia membantu anda merancang dan melihat berapa wang yang masih boleh dibelanjakan. Selain itu, apabila anda merekod perbelanjaan anda, ianya akan memudahkan anda apabila ingin merujuk sesuatu di masa hadapan nanti. Contohnya, pada bulan Mac, penulis menukar minyak hitam pada 2hb, dan apabila masuk bulan April, penulis mula lupa, bila tarikh sebenar penulis menukar minyak hitam pada bulan lepas. Tetapi setelah merujuk rekod, penulis merasa yakin dan terus menukar minyak hitam (penulis selalu memastikan tempoh tukar minyak hitam mesti melebihi 1bulan).Tip ini penulis dapat daripada pensyarah perakaunan semasa menuntut di universiti dahulu. Sehingga kini penulis masih lagi mengamalkannya dan ia ternyata amat berguna.
2. Rancang perbelanjaan
Daripada rekod-rekod perbelanjaan bulan-bulan yang telah lepas, kita akan dapat melihat 'trend' atau corak perbelanjaan kita. Perbelanjaan wajib bulanan seperti: elektrik, air, telefon, internet, sewa, barang dapur (barang masak-beras, gula, garam, rempah masakan), bahan cucian, kos penyelenggaraan kenderaan (tukar minyak hitam, minyak gear dsb.), kos makan luar dan perbelanjaan kosmetik. Dari sini, kita dapat melihat berapa perbelanjaan kita bulanan kita. Seterusnya, peruntukkan sejumlah amaun daripada gaji kita untuk perbelanjaan tersebut. Contohnya, gaji untuk bil elektrik & air RM100, sewa rumah RM300, telefon & internet RM200, barang dapur RM200, makan luar RM100, penyelenggaraan RM100. Jumlahnya RM 1,000. Pastikan apa yang kita belanja tidak melebihi peruntukkan yang telah dibuat. Jika terdapat kes luar biasa, selagi boleh tangguh, kita tangguhkan ke bulan hadapan supaya peruntukkan bulan ini tidak lari. Contohnya, telefon kita rosak dan kos pembaikan nya mencecah RM300. Jika terdapat wang lebih setelah semua perbelanjaan dilakukan, boleh lah kita terus membaik pulih telefon tersebut. Tetapi, jika peruntukkan telah habis, sila tangguhkan.
3. Simpanan
Disaat zaman ekonomi yang tidak menentu kini, adalah perlu bagi kita untuk lebih banyak menyimpan daripada berbelanja. Potong mana-mana perbelanjaan yang tidak penting dan masukkan ia kedalam simpanan. Penulis pernah mendengar seorang pakar motivasi berkata, "simpanlah, tidak kira berapa banyak pun, janji kita ada tabungan untuk masa hadapan. kalau kita mula menyimpan RM100 sebulan daripada usia 20, sekurang-kurangnya kita akan mempunyai RM36,000 pada usia 50 tahun." Ikut cara penulis pula, akan simpan sekurang-kurangnya 30% - 40% daripada pendapatan (sementara masih bujang), dan selebihnya akan digunakan untuk perbelanjaan.
4. Pelaburan
Setiap tahun dianggarkan kadar inflasi meningkat beberapa peratus. Bagi mengatasi kenaikkan ini, kita boleh melabur dalam pelaburan yang memberikan pulangan lebih dari kadar inflasi tersebut. Antara contoh pelaburan yang boleh diambil adalah pelaburan ASNB melalui pinjaman bank. Antara bank yang aktif mempromosikan pelaburan ini adalah CIMB Bank. Pada tahun pertama pinjaman, peminjam akan merasa terbeban sedikit kerana terpaksa membuat bayaran pinjaman. Namun bermula pada tahun kedua, pulangan dividen tahunan daripada pelaburan ASB ini dapat menggantikan bayaran pinjaman setahun. Dalam jangka masa pendek, peminjam terpaksa bersesak sedikit. Tetapi, untuk jangka masa panjang, ia memberikan pulangan yang lebih.
Itu sahaja tips daripada penulis. Jika terdapat sebarang cadangan lain yang anda lakukan, jangan segan untuk titipkan di ruangan komen.
Jangan lupa melayari laman web BR1M selaku penaja artikel ini!
* Artikel ini hanyalah pendapat dan cadangan peribadi penulis.
Comments
Post a Comment
Ada kaca ada gelas, dah baca, xreti reti ke nak balas??? :P