Skip to main content

GST: Impak pelaksanaannya ke atas ekonomi negara dan taraf hidup rakyat

Sejak 1 April yang lepas, negara kita mula mengimplimentasikan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) atau lebih dikenali sebagai Goods and Services Tax (GST) didalam bahasa Inggerisnya. 

Secara amnya, cukai ini dikenakan berdasarkan penggunaan, dimana semakin banyak nilai yang dibeli atau digunakan, semakin banyak lah cukai yang perlu dibayar. 

Terdapat tiga jenis CBP iaitu berkadar sifar@'zero-rated' (peniaga tidak boleh mengenakan cukai terhadap pelanggan tetapi boleh membuat tuntutan cukai input), berkadar standard@'standard-rated' (peniaga perlu mengenakan cukai 6% terhadap pelanggan), dan dikecualikan@'exempted' (barangan yang dikecualikan daripada cukai 6% seperti produk makanan asasi).

Dibawah pelaksanaan sistem CBP, orang perseorangan, perkongsian, dan syarikat yang mempunyai pendapatan RM500,000 atau lebih wajib mendaftar. Kegagalan untuk mendaftar akan dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 sehari atau tidak lebih RM20,000 setelah tarikh akhir mendaftar. Disamping itu, penalti 20kali ganda juga akan dikenakan keatas nilai CBP yang sepatutnya dicaj dan dilaporkan selepas tarikh 1 April 2015 (sekiranya wajib mendaftar tetapi tidak daftar dan kemudiannya berjaya dikesan oleh pihak Kastam).

Bagus atau tidak?

Setiap sesuatu pasti ada baik dan buruknya, ada pro dan kontra nya. Pada suatu sudut, CBP menjadi sumber pendapatan utama kerajaan dan ini bakal membolehkan lebih banyak pembangunan dilakukan oleh pihak kerajaan pada masa hadapan kelak. Ianya juga mampu mengurangkan pengelakkan cukai atau 'tax evasion' oleh pihak-pihak yang sepatutnya membayar cukai. Hal ini disebabkan proses dan prosedur CBP yang ketat dan lebih banyak berbanding sistem cukai pendapatan, dimana pembayar cukai yang layak @ 'eligible taxpayer' hanya perlu melapor setahun sekali kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Berbanding dengan CBP, cukai yang diterima adalah sangat sedikit. 

Sementara itu, CBP pula, merupakan cukai yang dikutip sepanjang tahun, terhadap hampir kesemua jenis produk kecuali barangan yang dikecualikan dan berkadar sifar ('zero-rated'). Individu atau syarikat yang berdaftar perlu melapor kepada pihak Kastam sama ada sekali dalam setiap 3 bulan ('3 months basis' bagi yang berpendapatan lebih dari RM500,000) atau setiap bulan ('monthly basis' bagi yang berpendapatan lebih RM5juta ). 

Secara keseluruhannya, CBP sepatutnya mendatangkan lebih banyak kebaikan kepada rakyat berbanding cukai yang telah dikutip. Seperti kebanyakkan negara maju yang mengenakan cukai CBP atau lebih dikenali sebagai Value-added Tax (VAT), kita dapat lihat kemajuan negara mereka terutamanya dari segi infrastruktur dan pembangunan pendidikan.

Di kalangan negara-negara ASEAN, terdapat 7 negara yang menguna-pakai CBP. Negara tersebut adalah Indonesia (10%), Thailand (7%), Singapura (7%), Filipina (12%), Kemboja (10%), Vietnam (10%), Laos (10%). Dan daripada ketujuk-tujuh negara ini, hanya Singapura yang berada dalam kategori negara maju dan pembangunan infrastruktur negaranya adalah diantara yang terbaik di dunia. Manakala, enam negara yang selebihnya, adalah negara yang sedang membangun dan pengenaan CBP menjadi satu bebanan kepada rakyatnya.

Negara kita merupakan negara membangun yang kini sedang menuju kearah negara maju menjelang 2020. Dan sistem pentadbiran negara kita kini mula mengenakan cukai CBP sejak 1 April yang lalu bagi menambah pendapatan negara. Bagi golongan pertengahan ke atas, cukai ini tidak begitu membebankan. Namun begitu, bagi mereka yang berada di golongan bawahan, sudah tentu ianya membebankan.

Kesan CBP ini ke atas peniaga pula, ianya menyebabkan sesetengah peniagaan menjadi kurang berdaya saing. Bagaimana? Pengenaan cukai barangan & perkhidmatan menyebabkan peningkatan kos belian sekaligus memaksa peniaga menaikkan harga jualan (bagi peniaga yang tidak layak mendaftar sebagi orang berdaftar CBP). Bagi sesetengah perniagaan pula, disebabkan mereka tidak mahu kehilangan pelanggan, mereka terpaksa menyerap kos CBP didalam harga jualan mereka. Ini menyebabkan kos perniagaan mereka meningkat dan mungkin akan menyebabkan perniagaan mengalami kerugian. Banyak peniaga kini masih mencari solusi untuk menyelesaikan permasalahan ini. Sekiranya mereka memohon untuk mendaftar CBP secara sukarela, mereka terpaksa menanggung kos prosedur untuk melaksanakan sistem ini. Kos pembelian perisian perakaunan (accounting software), alat-alat kelengkapannya seperti mesin kira duit, komputer dan alat pengimbas. Selain itu, sekiranya mereka menggunakan perkhidmatan agen cukai, mereka perlu membayar caj perkhidmatan yang mahal.

Apa-apa pun, sama-sama kita lihat perkembangan perlaksanaan CBP ini.
Kemana arah tujunya, dan pulangannya.



*Pendapat ini hanyalah pendapat peribadi penulis.







Comments

Popular posts from this blog

Kisah 3 Abdul

Wauzes,,,,1 perkataan yg aku amat  gemari ^^ Hari nie setelah menghabiskan separuh hariku <9pg-4.30ptg> di Perpustakaan Sultanah Bahiyah, akhirnya aku buat keputusan untuk makan. Destinasi pilihan? semestinya cafetaria DPP SME Bank ,milik mak ngah & pak ngah! huhu ("~) Erm,belek punya belek menu yg terpampang atas meja order, last2 aku pilih "Maggi Sup", baik punya! hehe... Alhamdulillah,makanan yang diorder sekejap je dah siap,,Sayang lebih pada tukang masak tu! Terbaik di situ (^_^) Nak dijadikan kisah, masa tgh syok makan tu tengok2 lah TV kat depan dewan tu. Wah,pak ngah pasang cerita "3 Abdul" lah ,bestnyer. Nie kena tengok jap nie!Hahahaa.. Rasa seronok bile tgk cerita lakonan Allahyarham P.Ramlee. Tak kisah lah cerita apa pun,jalan cerita macam mana pun, semuanya pasti menyeronokkan dan sesuai untuk semua lapisan umur,dan paling penting pasti terselit pengajaran. Bahasa orang dahulu yg puitis,sopan dan penuh penghayatan, membuatkan perasaan  pe...
Wah, baru saya perasan seseorang telah mengomen saya , baru je, kelmarin kalau x silap. Dalam komennya, dia tertanya-tanya berkenaan status profile saya.  Dush. *hehe,sengaja wat2 mcm nak pengsan "LoV to lauGh!! (^_^)  Smiles MakEs Me FeEl BeTtEr =)" inilah status saya @ description tentang diri saya. Kalau anda tertanya-tanya kenapa entri sy banyak berkenaan kisah sedih dan ternyata jauh berbeza dengan status sy tu,,,, Jawapannya, adalah... hehe..sebenarnya..saya memang seorang yg agak suka senyum+sengih2 ala2 kerang busuk tu..n suka sangat benda heppy2..plus x suka benda stress2 nie.. Tapi, hidup nie kan tak pernah lekang dari dugaan n kesedihan.. hurm..n maybelah..saya rasalah kan sy nie seorang yg bila heppy, heppylah teramat smpai x engat doOonia..tapi bila sedih..adoiyai..sedihnya yg teramat..hurm,x caya? ce tanya Miss Bear,,,@Kn Khairunnaimah..hehe.. dia memang dah masak ngan sifat semulajadi saya.. ce tanya dia, sepanjang bersahabat ngan dia apa yg ...

Lirik lagu : Air Mata Keinsafan..

Air mata keinsafan Yang mengalir di malam sepi Inilah dia pelembut jiwa Bagi mendapat kasih Ilahi Rintihan di pertiga malam Dari seorang hamba yang dhoif Kerna mengenang segala dosa Moga mendapat keampunan dari Ilahi Setiap kekasih Allah Menempuhi jalan ini Untuk mereka memiliki kejayaan Ayuh bersama kita susuli Perjalanan kekasih Allah Agar kita tiada rugi Dalam meniti hidup ini Deraian air mata ini Titisan yang paling berharga Buat menyimbah api neraka Moga selamat di titian Sirat Bahagia menuju syurga abadi Lagu : The Zikr Lirik : Nazrey Johani Hakcipta : OVA Productions