Skip to main content

BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) : Baik atau buruk?

Pasti ramai diantara kita yang menerima wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sila layari bantuanrakyat1malaysia.com untuk maklumat lanjut, pada bulan Januari yang lepas, bukan? Saya juga sama, tidak terkecuali menerima wang BR1M.

BR1M terbuka untuk permohonan kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas.
RM350 untuk mereka yang bujang dan berpendapatan bawah RM2,000; RM950 diberikan kepada isi rumah berpendapatan bawah RM3,000; dan RM750 diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan antara RM3,000 ke RM4,000.

Kepada mereka yang masih belum memohon atau pernah memohon tetapi tidak diluluskan, tarikh pemohonan rayuan BR1M dilanjutkan ke 15 April 2015. Pastikan anda memohon sebelum tarikh tersebut.

Alhamdulillah, duit yang diterima ini sememangnya suatu nikmat dan kita sebagai penerima seharusnya bijak dalam menggunakan dana ini.

Alhamdulillah, bersyukur yang teramat.

Ada daripada kita yang menggunakan wang ini untuk menampung perbelanjaan bulanan, membeli barangan kelengkapan, ada juga yang menjadikannya sebagai simpanan, ada yang menggunakannya sebagai modal pusingan dan tidak kurang juga yang menggunakannya untuk 'bershopping-sakan'. Hehehe.

Begitulah 'trend' rakyat Malaysia.

Namun begitu, dalam kesyukuran yang dipanjatkan terdapat beberapa isu yang timbul hasil daripada pemberian BR1M ini.

Antara isu tersebut adalah, pemberian kepada golongan bukan dari golongan rakyat bawahan, kesan selepas pemberian BR1M, 

Seperti yang diketahui umum, skop fokus BR1M lebih bertumpu kepada membantu golongan bawahan. Namun begitu, disebabkan skop permohonan BR1M kini diperluaskan kepada beberapa kategori pendapatan, menyebabkan golongan yang ternyata mampu menanggung kos sara hidup juga turut menerima dana ini. Bukan kah ini sedikit sebanyak tersasar daripada matlamat asal BR1M. Dan bukankah lebih baik jika wang yang diberikan kepada mereka, diberikan kepada golongan bawahan yang memang tidak mampu menanggung kos hidup yang meningkat. Bukankah lebih baik jika amaun yang diperuntukkan untuk golongan bawahan ini ditingkatkan?

Isu kedua, kesan selepas pemberian BR1M. Selepas BR1M diagihkan, pihak kerajaan melaksanakan pula Cukai Barangan & Pekhidmatan (CBP). Hal ini membuatkan ramai daripada rakyat Malaysia yang beranggapan bahawa, BR1M hanyalah momokan daripada kerajaan untuk menutup pelaksanaan CBP kelak. Secara tidak langsung ianya menjatuhkan reputasi pihak kerajaan di mata Malaysia. Pemberian BR1M adalah melalui dana dari Lembaga Hasil Dalam Negeri, yang mana kita ketahui sumber dana LHDN adalah cukai pendapatan yang dibayar oleh rakyat. Apabila wang cukai yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan negara, kini digunakan untuk diberikan kembali kepada rakyat, bererti kerajaan terpaksa mencari sumber baru bagi menggantikan dana sedia ada. Disini lah CBP memainkan peranannya. CBP bertindak sebagai sumber pendapatan baru kerajaan yang lebih holistik kerana cukai ini dikenakan berdasarkan 'consumption'@penggunaan dan dicaj keatas sesiapa sahaja yang membeli barangan tertentu, tidak mengira golongan mana. Kebanyakan barangan dikenakan CBP kecuali beberapa jenis produk asasi seperti gula, garam, beras dan roti putih. Beberapa isu bekenaan CBP ini termasuklah penerangan yang kurang meluas, isu senarai barangan terperinci yang dikecualikan CBP masih belum di'finalize', isu penjual secara suka2 mengenakan CBP keatas semua barangan dan banyak lagi.


Selain itu, harga barangan di pasaran juga kian meningkat berpunca daripada peningkatan harga barangan lain di sekeliling, terutamanya sekiranya tedapat sebarang peningkatan dalam harga petrol. Harga petrol menjadi nadi utama dalam peningkatan hampir kebanyakan barangan yang dipasarkan disebabkan kebanyakan barangan menggunakan petrol sebagai sumber bahan api pengangkutan. Kenaikkan harga sesuatu barang terutamanya bahan utama, menjadi punca kenaikkan kepada barangan2 lain. Seperti mana yang kita pelajari di dalam teori ekonomi, kenaikkan harga barang A yang merupakan komponen utama barang B pasti akan menyebabkan kos pembuatan meningkat dan ini secara tidak langsung memaksa kenaikkan harga barang B.

Disamping itu, terdapat satu lagi isu yang boleh juga kita anggap sebagai hangat diperkatakan.
Isu pemberian BR1M dikhuatiri menjadikan rakyat tidak produktif atau membuatkan rakyat malas berusaha. Tidak dapat dinafikan, BR1M banyak membantu golongan susah dan berpendapatan rendah. Tetapi itu untuk mereka yang benar-benar susah. Bagaimana dengan golongan bujang yang masih berdarah panas, mempunyai kesihatan tubuh badan yang tegap, tetapi lebih gemar menunggu 'durian runtuh' daripada kerajaan. Mereka kini seolah-olah menunggu untuk disuap. Tidak perlu bersusah-susah kerja lebih masa, kata mereka, "BR1M kan ada". Bukanlah semua rakyat golongan bawahan berfikiran sebegini, tetapi pemberian BR1M secara percuma menjadikan rakyat lebih cenderung berfikiran sebegini.

Dana bantuan ini pada tahun 2015, diperuntukkan sebanyak RM2.6 billion dan disasarkan memberi manfaat kepada lebih kurang 5.2 juta isi rumah. Angka RM2.6 billion merupakan suatu angka yang amat besar. Sekiranya dana ini tidak diagihkan kepada rakyat, ianya akan dan boleh digunakan terus untuk pembangunan negara, terutamanya pembangunan infrastruktur seperti pembaikan jalan raya di Malaysia yang terlalu banyak lompang di sana sini, penaiktarafan alatan-alatan dan pembinaan lebih banyak bangunan hospital kerajaan serta banyak lagi. BR1M pernah dikaitkan dengan isu memancing undi apabila ia diberikan semasa pilihan raya umum 2014 kian menjelang tiba pada masa tersebut. Kaedah ini memang ternyata mampu memancing undi, namun hanya daripada mereka yang berfikiran sempit. Bagaimana pula dengan golongan-golongan yang berfikiran tinggi dan tidak memerlukan bantuan dana ini? Sudah tentunya pemberian BR1M tidak memberikan impak kepada mereka. Pada pendapat saya, pihak kerajaan perlu memikirkan strategi yang lebih berimpak tinggi dan lebih mencerminkan kesediaan kita untuk menjadi negara maju yang rakyatnya berfikiran jauh kehadapan dan berfikiran tinggi pada tahun 2020 nanti. 

Akhir kata, pihak kerajaan perlu menimbang semula sama ada pemberian BR1M  memberikan lebih banyak kebaikan atau keburukan. Setiap dasar yang digubal oleh kerajaan bakal mencorak peribadi rakyatnya. Maka dengan itu, gubal lah dan laksanakan lah dasar yang benar-benar mampu membangunkan rakyat dalam jangka masa panjang, bukan dasar yang menggembirakan sesetengah golongan. Kerana, mengembirakan hati sesetengah pihak tidak semestinya pihak yang lain akan gembira, dan kegembiraan itu tidak akan bertahan selama mana. Sebagai pihak kerajaan,, rakyat meletakkan sepenuh kepercayaan ke atas pemimpin negara dalam menggalas tanggungjawab menggubal dasar yang dapat memacu ekonomi negara kehadapan. Lantaran itu, janganlah sia-siakan harapan rakyat ke atas pihak kerajaan.  


*Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis.
Tidak berkaitan dengan yang hidup ataupun mati.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah 3 Abdul

Wauzes,,,,1 perkataan yg aku amat  gemari ^^ Hari nie setelah menghabiskan separuh hariku <9pg-4.30ptg> di Perpustakaan Sultanah Bahiyah, akhirnya aku buat keputusan untuk makan. Destinasi pilihan? semestinya cafetaria DPP SME Bank ,milik mak ngah & pak ngah! huhu ("~) Erm,belek punya belek menu yg terpampang atas meja order, last2 aku pilih "Maggi Sup", baik punya! hehe... Alhamdulillah,makanan yang diorder sekejap je dah siap,,Sayang lebih pada tukang masak tu! Terbaik di situ (^_^) Nak dijadikan kisah, masa tgh syok makan tu tengok2 lah TV kat depan dewan tu. Wah,pak ngah pasang cerita "3 Abdul" lah ,bestnyer. Nie kena tengok jap nie!Hahahaa.. Rasa seronok bile tgk cerita lakonan Allahyarham P.Ramlee. Tak kisah lah cerita apa pun,jalan cerita macam mana pun, semuanya pasti menyeronokkan dan sesuai untuk semua lapisan umur,dan paling penting pasti terselit pengajaran. Bahasa orang dahulu yg puitis,sopan dan penuh penghayatan, membuatkan perasaan  pe

Lirik lagu : Air Mata Keinsafan..

Air mata keinsafan Yang mengalir di malam sepi Inilah dia pelembut jiwa Bagi mendapat kasih Ilahi Rintihan di pertiga malam Dari seorang hamba yang dhoif Kerna mengenang segala dosa Moga mendapat keampunan dari Ilahi Setiap kekasih Allah Menempuhi jalan ini Untuk mereka memiliki kejayaan Ayuh bersama kita susuli Perjalanan kekasih Allah Agar kita tiada rugi Dalam meniti hidup ini Deraian air mata ini Titisan yang paling berharga Buat menyimbah api neraka Moga selamat di titian Sirat Bahagia menuju syurga abadi Lagu : The Zikr Lirik : Nazrey Johani Hakcipta : OVA Productions
Wah, baru saya perasan seseorang telah mengomen saya , baru je, kelmarin kalau x silap. Dalam komennya, dia tertanya-tanya berkenaan status profile saya.  Dush. *hehe,sengaja wat2 mcm nak pengsan "LoV to lauGh!! (^_^)  Smiles MakEs Me FeEl BeTtEr =)" inilah status saya @ description tentang diri saya. Kalau anda tertanya-tanya kenapa entri sy banyak berkenaan kisah sedih dan ternyata jauh berbeza dengan status sy tu,,,, Jawapannya, adalah... hehe..sebenarnya..saya memang seorang yg agak suka senyum+sengih2 ala2 kerang busuk tu..n suka sangat benda heppy2..plus x suka benda stress2 nie.. Tapi, hidup nie kan tak pernah lekang dari dugaan n kesedihan.. hurm..n maybelah..saya rasalah kan sy nie seorang yg bila heppy, heppylah teramat smpai x engat doOonia..tapi bila sedih..adoiyai..sedihnya yg teramat..hurm,x caya? ce tanya Miss Bear,,,@Kn Khairunnaimah..hehe.. dia memang dah masak ngan sifat semulajadi saya.. ce tanya dia, sepanjang bersahabat ngan dia apa yg