Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Pemimpin dan Nasib Malaysia

"Seorang pemimpin tidak akan menjadi pemimpin tanpa pengikut." A true leader is someone who can stand for his/her people (without choosing race) and fight for the best he can. Tun Dr. Mahathir merupakan seorang pemimpin yg disegani rakyat, bukan saja di Malaysia, tetapi di mata dunia. Beliau dikagumi kerana ketokohannya, keberaniannya berbicara untuk mempertahankan sesuatu. Dibawah pimpinannya, bukan golongan bangsa Melayu saja yg menyokong beliau tetapi kaum2 lain juga. Kerana keintelektualannya, beliau dipandang tinggi oleh kaum lain. Kebijaksanaan beliau dalam mentadbir negara, meramal & membuat keputusan yang tepat, dan memahami kesusahan rakyat, membuatkan ramai yang sayangkan beliau. Wawasan 2020 diusulkan pada tahun saya dilahirkan, (1991) dan menjadi matlamat utama negara. Wawasan ini bermatlamat agar Malaysia, bangun menjadi negara maju dengan acuan sendiri. Dasar pandang ke timur, dasar ekonomi baru, yang dilaksana sejak pemimpin kita terdahulu, kini sea

Tips Penjimatan Kewangan: Cabaran Menghadapi Kos Hidup Serba Tinggi

Muktahir ini, kos hidup menjadi satu isu yang hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia. Terutamanya setelah pengaplikasian Cukai Barangan dan Perkhidmatan dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia pada awal April yang lalu. Hidup dalam keadaan hampir semua harga barangan kian meningkat naik membuatkan bukan sahaja rakyat Malaysia, tetapi seluruh dunia, berada didalam keadaan tertekan. Pelbagai kos kehidupan perlu ditanggung. Ditambah pula dengan kehidupan masa kini yang memerlukan semakin banyak perbelanjaan. Bagi sebuah keluarga, mereka terpaksa menanggung kos asas seperti sewa rumah, bil elektrik & air, bil telefon & internet, perbelanjaan barangan dapur, kos pendidikan anak-anak (jika dulu anak-anak hanya belajar sendiri, tapi kini ramai yang menghantar anak2 ke pusat tusyen, ditambah pula dengan kelas tambahan seperti kelas muzik dan kelas mengaji), kos hiburan dan macam-macam lagi. Hidup di zaman kini tidak lagi seperti zaman orang tua kita dahulu. Jika dahulu, ibu tinggal

Aku - Najwa Latif

Ku dengar, tangisan disana Menangis, memanggil ibunya Ku lihat, air mata disana Melihat perjuangan ayahnya Tiada siapa, yang akan mengerti Rasa kehilangan yang ada disisi Perginya si raja, hilangnya permaisuri Hanya untuk melindungi,  Kasih sayang abadi Ku lihat, awan yang sepi Ketakutan sentiasa menghantui Jeritan dan tangisan Yang tidak didengari Semua bagai satu mimpi Mimpi yang tak pasti Ingatlah dunia, hanya sementara Tuhan yang Esa adalah segala-galanya Walau kau disiksa,  Walau kau dihina, Percayalah Tuhan selalu ada Ingatlah dunia, hanya sementara Tuhan yang Esa adalah segala-galanya Walau kau disiksa,  Walau kau dihina, Percayalah Tuhan selalu ada Ku dengar, tangisan disana Menangis, memanggil ibunya Ku lihat, air mata disana Melihat perjuangan ayahnya Lihat video ini disini: https://www.youtube.com/watch?v=47ygfZop-2c

GST: Impak pelaksanaannya ke atas ekonomi negara dan taraf hidup rakyat

Sejak 1 April yang lepas, negara kita mula mengimplimentasikan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) atau lebih dikenali sebagai Goods and Services Tax (GST) didalam bahasa Inggerisnya.  Secara amnya, cukai ini dikenakan berdasarkan penggunaan, dimana semakin banyak nilai yang dibeli atau digunakan, semakin banyak lah cukai yang perlu dibayar.  Terdapat tiga jenis CBP iaitu berkadar sifar@'zero-rated' (peniaga tidak boleh mengenakan cukai terhadap pelanggan tetapi boleh membuat tuntutan cukai input), berkadar standard@'standard-rated' (peniaga perlu mengenakan cukai 6% terhadap pelanggan), dan dikecualikan@'exempted' (barangan yang dikecualikan daripada cukai 6% seperti produk makanan asasi). Dibawah pelaksanaan sistem CBP, orang perseorangan, perkongsian, dan syarikat yang mempunyai pendapatan RM500,000 atau lebih wajib mendaftar. Kegagalan untuk mendaftar akan dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 sehari atau tidak lebih RM20,000 setelah tari

BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) : Baik atau buruk?

Pasti ramai diantara kita yang menerima wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sila layari  bantuanrakyat1malaysia.com  untuk maklumat lanjut, pada bulan Januari yang lepas, bukan? Saya juga sama, tidak terkecuali menerima wang BR1M. BR1M terbuka untuk permohonan kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas. RM350 untuk mereka yang bujang dan berpendapatan bawah RM2,000; RM950 diberikan kepada isi rumah berpendapatan bawah RM3,000; dan RM750 diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan antara RM3,000 ke RM4,000. Kepada mereka yang masih belum memohon atau pernah memohon tetapi tidak diluluskan, tarikh pemohonan rayuan BR1M dilanjutkan ke 15 April 2015. Pastikan anda memohon sebelum tarikh tersebut. Alhamdulillah, duit yang diterima ini sememangnya suatu nikmat dan kita sebagai penerima seharusnya bijak dalam menggunakan dana ini. Alhamdulillah, bersyukur yang teramat. Ada daripada kita yang menggunakan wang ini untuk menampung perbe

I'm back!!

Hi everyone, I think it had been so long since last time I update my blog. SO SO SOOOOOO LONGGGGG...! I think it had been a year since last update. Woaahhhhhhh, I finally come back! Di any of you miss me? Hehehehe. Just kidding. A year had passed. So many things happened in my life. My elder brother involved in accident last April, my youngest brother had gone to MRSM, and I....already a year jumped into working life. :) Ok, enough. Lets get back to my blog. After so not opening it, I was kinda shocked. Hahahaha I feel like, the old me is so 'childish'. Have that kind of feeling. Maybe now I got more matured than before.