Muktahir ini, kos hidup menjadi satu isu yang hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia. Terutamanya setelah pengaplikasian Cukai Barangan dan Perkhidmatan dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia pada awal April yang lalu. Hidup dalam keadaan hampir semua harga barangan kian meningkat naik membuatkan bukan sahaja rakyat Malaysia, tetapi seluruh dunia, berada didalam keadaan tertekan. Pelbagai kos kehidupan perlu ditanggung. Ditambah pula dengan kehidupan masa kini yang memerlukan semakin banyak perbelanjaan. Bagi sebuah keluarga, mereka terpaksa menanggung kos asas seperti sewa rumah, bil elektrik & air, bil telefon & internet, perbelanjaan barangan dapur, kos pendidikan anak-anak (jika dulu anak-anak hanya belajar sendiri, tapi kini ramai yang menghantar anak2 ke pusat tusyen, ditambah pula dengan kelas tambahan seperti kelas muzik dan kelas mengaji), kos hiburan dan macam-macam lagi. Hidup di zaman kini tidak lagi seperti zaman orang tua kita dahulu. Jika dahulu, ibu tinggal ...
Simply write for my passion.