Bermulanya kisah seorang teruna merantau ke UTARA SEMENANJUNG, membawa diri demi menambah ilmu di dada.
3 tahun di perantauan. Menimba ilmu. Melalui pelbagai jerit perih. Dan kini berbaloilah sudah segalanya. Tamatlah sudah pengajian secara rasminya. Tamatlah sudah adat-istiadat konvokesyen yang dilakukan dengan penuh gilang gemilangnya.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx----------------xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Pagi semalam family aku dah sampai. Naik kereta api dari KL Sentral hinggalah ke Arau. Alhamdulillah selamat jugak sampai. Aku lak keluar pi PKU then p bilik Naimah print and so on. Erm,then lebih kurang kui 2petang gitu aku dah siap pack barang, apalagi TURUN arh..kang bising pulak si mamat sorang tuwh kalau aku lambat an.. erm,tak sampai bapa minit dapat lak panggilan. Ha,dah sampai katanya. Aku dok tinjau-tinjau tapi xnampak pulak motor yang bese abang aku bawak. Hai, mana plak mamat nie~
Alih-alih aku nampak kelibat budak kecik macam NAJMI. Tersengih-sengih. Ha,betuilah tuwh. Rupa-rupanya dorang pakat amik aku naik kereta En. Izwan ghupernyer. Awatlah tak habaq awai-awai. Puas aku mencari aw. Haha.
Erm,tengok muka mamat tuwh macam penat jerk . malas arh nak citer banyak. Diam jer lah kan.
Then sampai kat Arau kami p makan tengahari(dorang jerk k) siap tapau untuk ibu ayah. Sampai kat rumah tamu,aku buka pintu. Ait, kosong? Tetibe ayah keluar dari bilik. Oh, tertidur rupanya. Ibu pulak baru mandi.
Then malam p makan-makan kat area Kangar. Balik dah penat tapi sempat lagi layan movie dulu. Hehe. Sambil-sambil tu ironlah baju sekali . Tidur pun dah dekat kui 1 lebih.
Ok2 teruskan cerita lagi, pagi-pagi buta dah tersedar. P kejut sume then aku tertido balik lah pulak. Hehe. Kelam kabut sat , dok p basuh baju lah, iron tudunglah n so on. Nasib baik sempat semuanya. Dalam kui 7.50 gitu semuanya dah siap dok kat luar n sedia naik kereta En Izwan n apelagi,kita ke Dewan Sri Semarak.~!!!!!
Lebih kurang jam 8.30 para hadirin dipersilakan masuk dan kini hanya menunggu ketibaan VIP & VVIP, iaitu Pro –Cansellor, Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr AbdurRahman Arshad. Lepas jerk sesi tangkap2 gambar ibuayah kat luar dewan tuwh aku pun ajak cik NAJMI KECIK duk kat kawasan tetamu menunggu. Kat situ ada skrin. Dorang tayangkanlah video2 pasal UiTM. Then, dorang pasang pulak video pasai anak-anak UiTM yang kebanyakannya memang orang susah. Then, aku pandang keliling aku. Kebanyakan maakcik2 dan pakcik yang datang memang orang susah. Ya Allah bersyukurnya aku kerana golongan miskin seperti kami tak terbuang, tak terbiar begitu sahaja. Tambahan lagi, tujuan utama penubuhan UiTM adalah untuk membantu anak bangsa yang mempunyai kelayakan tetapi tak mampu untuk melanjutkan pelajaran.
Aku tak taulah. Everytime aku melangkah masuk ke UiTM; ada satu perasaan ganjil menerpa ke dalam hati aku. Berbeza. Sangat berbeza dengan apa yang aku rasai di U aku sendiri. Mungkin kerana persekitarannya. Masih mengekalkan cirri- keislamikannya, ciri2 kemelayuannya. Yang mana sudah hilang di kampus ku. Kampus ku sudah mengalami asimilasi budaya 1 Malaysia yg menggabungkan budaya masyarakat majmuk sehingga anak Melayu sudah hilang rupa luarannya, sudah hilang adabnya. Jika dahulu menjelang maghrib dunia menjadi sepi. Kalau kabut pun kaum adamlah; sibuk bersiap untuk ke masjid. Kalau tak ke masjid pun berjemaah bersama rakan sebilik. Namun di kampusku, menjelang maghriblah segalanya bermula. Sibuk bercanda,berdating , makan-makan, lepak2.. Hanyut bersama syaitan2 yang berkeliaran..aih…. =(
“Mengubah Destini Anak Bangsa”
Aku suka sangat dengan projek nie. Ia buat aku termenung sejenak akan nasib anak2 bangsa sepertiku. Sekurang-kurangnya dengan adanya projek sebegini dapatlah anak-anak seperti ku yang dahagakan ilmu menumpang segenap ruang.
Masa berlalu. Tuptap tuptap, majlis konvo untuk hari ni dah nak berakhir. Lepas Pro-Cansellor isytiharkan penangguhan sidang konvo hari nie, maka dipersilakanlah pula untuk bersurai sekaliannya. Berpusu-pusu manusia keluar dari dewan. Aku maleh nak dok bersesak-sesak mencari ibuayah n abang. So, aku kira ada baiknya aku call abg n bgtau aku tunggu kat tempat tetamu luar. Whilethat ibu ayah plak masih xditemui. Tengok punya tengok, pandang punya pandang; alih-alih nampak kelibat ibuayah. Abang plak tak sampai2. Sesak sangat gak nyer. Hurm ,xpa2. Call lagi. “eit,hang kat na?” “ ak kat kedai bunga nie,mai sinilah.”
Ok,aku pun bawak ibu ayah n Najmi ke sana. Sampai sana, En Izwan dah belikan abg bunga. Alhamdulillah jimat duit aku. Hehe. Sampai jer jejak kami , abang terus peluk ibu. Aku nampak dan aku dapat rasakan betapanya leganya hati abang. At least dia dah berjaya memegang sijil DIPLOMA. Dan at least aku bangga dengan dia. Walaupun dia graduasi tanpa apa-apa anugerah, dekan ke , naib cansellor ke... Biarlah. Biarlah. Kerana aku dan family ade anugerah khas untuk dia. Biarkanlah ia menjadi rahsia.
Then, sesi tangkap gambar pulak. Hehe. Dari 1 port ke 1 port. Seronoknyer. Haha. Then, abang nak pulangkan jubah pulak. Dia tanggalkan n suh ak pegang sat. waktu dia minta balik ,aku lak rasa berat. Ait??? Kepingin nak pakai jubah ghupernya. Haha. Apalagi sarung ah TOPI n JUBAH ke badan. Wah,smart uwh. Lepas aku, ayah pulak pakai. Aku cakap kat ayah ; “Ayah tak dapat masuk U xpat GRADUATE pun xpalah ayah, yg penting abg dah grad n ayah pun dpt rasa pakai JUBAH nie !” (^_^) . aku nampak muka ayah cam nak nangis. Aku tau ayah tahan perasaan hatinya. Hajat ayah yang tak kesampaian kini dicapai oleh anaknya. InsyaAllah ayh, nanti akak konvo akak akan BAWA ayah ibu sama n buat ayah ibu bangga!!
Ameen ya Rabb!! (^_^)
Itulah sahaja catatan untuk hari nie. Dah puas aku berceloteh. Nak rehatlah pulak.
kalau korang nak tengok gambar2 boleh
KLIK DI SINI
( credited to Cik Naimah sebab bagi pinjam kamera )
KLIK DI SINI
( credited to Cik Naimah sebab bagi pinjam kamera )
Comments
Post a Comment
Ada kaca ada gelas, dah baca, xreti reti ke nak balas??? :P