Assalamualaikum semua ^_^
Rasanya dah lama tak update blog nie, seminggu dua ada kot. Hehe. Semester nie, ada lah pasang azam baru. Nak buat tu lah, nak buat ini lah. Tak nak buat itu lah, tak nak buat ini lah. Tapi, malangnya azam tu hanya bertahan beberapa hari je. Selepas tu...hampeh, kembali kepada diri asal. Aduh, ya Allah..apalah nak jadi dengan hamba Mu ini....
Teringat kata2 yang pernah dibaca di internet dahulu,
Tembak tepat ke mata, hati dan otak ku. Ternyata, benar sekali kata2 tersebut. Iya, mungkin kita tak perasan. Masa kita dikurniakan rezeki melimpah ruah, kita menjadi asyik dengan dunia sehingga terlupa meluangkan masa demi Tuhan yang mengurniakan rezeki tersebut. Lalu, Tuhan yang maha Penyayang mengirimkan petunjukNya, mungkin saja secara tak langsung. Mungkin melalui sahabat kita, mungkin juga melalui ujian.
Adakalanya, kita nak buat sesuatu, tapi banyak sangat rintangan menimpa. Sampai hati kita terdetik "adus, apalah susah sangat nak setle benda nie??? Padahal simple je nie.." Aku ingat lagi masa nak hantar adik ke MRSM JB bulan lepas. Allahhuakbar, rintangan demi rintangan melanda, mungkin banyak dosa yg aku lakukan sehingga Allah kurniakan musibah agar diri ini kembali mengingatiNYa.. Nak dijadikan cerita, aku bawa adik perempuan no 4 ke klinik di daerah sebelah untuk menjalani medical check-up. Tiba disana, staf minta IC dan dilihatnya lokasi IC kami di daerah lain. Terus disuruh kami buat appoinment dgn doktor pada tarikh 13feb, yg mana tarikh tu tarikh pendaftaran kemasukan ke MRSM.
Esoknya, p tolong ayah kat warung lepas tu lari-lari jugaklah, baru dapat ambil adik kat rumah, then baru hantar ke klinik berdekatan je. Misi yang ada kata boleh buat medical check up, tapi kena x-ray kat klinik lain. Masa tu dah jam 4ptg. Tanpa pikir panjang, terus minta no contact klinik lg satu dan terus naik motor pecut 120km/jam. Hehehe. Sampai2 kat klinik tu dalam jam 4.25pm.Selamat. Terus x-ray, dalam 5minit siap dah. Alhamdulillah,syukur. Lepas tu, bergegas utk ke klinik tadi semula. Malangnya, jam dah dekat pukul 5ptg. Dorang tak terima dah. Allah, kena p esoknya lah jawabnya.
Esoknya hari Jumaat, pelanggan kat warung ramai. So, decide utk p klinik waktu petang. Dalam kul 2pm, ambil adik dari sekolah terus p klinik. Adus, sekali lagi.......Doktor pulak takde...Cuti katanya...Allah...sekali lagi, menebalkan muka untuk minta no telefon klinik lain selain klinik semalam..Misi yang baik hati tu tanpa berkata apa2 terus bagi dan apalagi, terus lah pecut..
Sampai kat klinik tu, xde orang..Alhamdulillah, xsampai 1/2 jam, semuanya dah setle..Praise to Allah..
Serius, masa kejadian nie memang terasa sangat2..apalah dosa yang aku lakukan sampai urusan aku begitu payah..lalu terpancar dalam pikiran nie satu demi satu kesalahan yg aku lakukan....
Dengan solat lewatnya, yg tinggal pulak entah berape..hati nie pulak lalai, leka dengan kerja dunia..lupakan segala akhirat...Tu mak ayah tu pulak, bila agaknya kali terakhir minta ampun kat dorang....
Hari last nak balik U haritu, memang berderai-derai air mata masa dalam bas..Sampai bengkak mata menangis..mengenangkan dah tinggal 2 sem je lagi di Universiti..diri nie pulak makin hari bukan makin bertambah solehah...tapi makin jahil....
Pernah beberapa kali, terpikir nak kembali kepada Islam---mengamalkan syariatnya sepenuhnya...tapi entahlah..rasa banyak sgt kekurangan smpai tak terdaya nk jadi muslimah sejati....
Tapi, walaumacam mana pun, aku tekad dalam hati aku satu je: Aku takkan pernah tinggalkan atau lupakan mak ayah aku! Hati nie, hanya kuat kerana mereka (tp of course lah Allah tu yg pertama). Kerana inspirasi daripada mereka lah aku berjaya dlm PMR dan SPM. Bila kenangkan kehidupan susah kitorang dulu, serious memang buat aku cair giler. Glassy je mata nie jadinya. Aku tahu, ibu dan ayah lah yg doa nya mustajab, yang bisa membantu aku ke syurga. Tanpa dorang, siapalah aku. Tu sebab, orang kata, sejahat manapun semiskin mana pun mak ayah kita, dorang tetap orang tua kita selamanya, tiada dua atau tiga....
Sekian,catatan buat kali ini.
2.41 pagi, 10 Mac 2013.
Moga Allah berkati hidup kita dan rezeki yg dikurniakanNya...^_^

"Apabila kita bersyukur, Allah murahkan rezeki kita. Namun, bila kita kufur Allah tarik semula nikmat2 yg Dia telah kurniakan."Duuuusssss..

Comments
Post a Comment
Ada kaca ada gelas, dah baca, xreti reti ke nak balas??? :P