Skip to main content

Tokoh-tokoh kaum Yahudi


Sir_Moses_H_Montefiore.jpg (250×305)
Sir Moses Montefiore
Harini aku dapat tahu beberapa nama-nama tokoh yg terlibat dalam prose meng'holocaust'kan rakyat Palestin setelah membaca beberapa bab di dalam buku "Palestin:Tanah Yang Dijanjikan" . Antaranya Sir Moses Montefiore dan Theodore Herzl. Siapakah mereka nie?
Sir Moses Montefiore adalah seorang jutawan Yahudi di Britain, seorang ahli kewangan, banker dan seorang yang dermawan kerana beliau gemar mederma wang/hartanya untuk PEMBANGUNAN KAUM YAHUDI di New Yishuv,Palestin. Beliau adalah tulang belakang dalam agenda penubuhan negara HARAM israel!





Herzl-balcony.jpg (368×480)
Theodore Herzl






Theodore Herzl juga merupakan antara pemimpin kaum Yahudi yang terkenal namanya kerana menjadi orang tengah untuk mendapatkan tanah Palestin. Beliaulah yang berunding dengan Sultan Abdul Hamid ke-2 dan menawarkan untuk membayar kesemua hutang kerajaan Turki Uthmaniyah, dan sebagai pulangannya Sultan perlu membenarkan kaum Yahudi@Zionis membina penempatan di Palestin.
Namun, Sultan menolak tawaran tersebut dan berkata:






"Saya tidak dapat menjual  walaupun sejengkal, dari tanah ini(Palestin) yang bukan milikku, tetapi milik rakyat. Rakyatku telah memenangi tanah ini dengan bertempur, dengan menumpahkan darah mereka dan menyuburkan tanah ini dengan darah mereka. Silalah menyimpan jutaan wang mereka(Yahudi). Jika dinastiku sudah berpecah belah, mereka mungkin akan memperolehi Palestin tanpa balasan."

Sultan Abdul Hamid II
Dari coretan dialog beliau ini, ternampak ketegasan beliau dalam mentadbir kerajaannya. Namun sayang kerana akhirnya tanah Palestin jatuh tersungkur jua ke tangan mereka-kaum Yahudi zionis dek kerana kelicikan mereka dan kelemahan pentadbiran Khilafah Uthmaniyah sendiri. Bayangkan, Sultan Abdul Hamid II yang menjadi khalifah akhirnya disingkirkan dari takhta secara tiba-tiba oleh Syaikhul Islam@Hakim Agung yang telah dipengaruhi oleh Britain.



Mengucap di dalam hati. Ya Allah, pemimpin Islam menjatuhkan pemimpin islam sendiri. Apakah ini? Drama? Sungguh, hati ku kecewa............

Comments