Skip to main content

Hati oh hati.. :)

Assalamualaikum semua...
wah lamanya x update blog...almaklumlah kebizian melanda dan ketidakadaan mood untuk berblog..hehehheehe..

Nie gambar yang boleh dikatakan terbaru jugaklah..hehehehe..masa nie tgh handle program dgn student akaun.. rindu plak..hehehe..:)

hmmm..sebenarnya tak tahu nak update ape sbb banyak sgt perkara yg berlaku sepanjang beberapa bulan nie..adat kehidupan, ada pasang surut naik turun, ada kalanya riang gembira ada kala bermuram durja.. setiap orang ada kisahnya yang tersendiri.. ada yang dilahirkan dalam keluarga yang senang, tetapi ada yang dilahirkan dalam keluarga yang susah.. ada yang hidup kaya raya, tapi hati tak tenang.. ada pula yang dilahirkan serba sederhana, namun mereka hidup bahagia.. terima apa adanya..dan sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan Sang Pencipta yang Maha Esa.. nice kan depa nie, : D

aku...aku hanya seorang gadis biasa...yang banyak sgt kelemahan..yang bukan rupawan..yg ada kalanya terlalu naif...yg selalu melakukan kesilapan dan seringkali mengulangnya buat kali kedua, ketiga dan seterusnya walaupun sudah berkali2 bertekad tidak mahu pisang berbuah dua-tiga kali .. akulah manusia itu,.. yg ada kalanya melupakan Dia yang menciptakan.. yg sering tertumpu pada perihal dunia sahaja..hinggakan lupakan masa untuk bersamaNya.. chewwaahhh.. bermadah pujangga @ membebel lah pulak..

tak tau kenapa hari nie..tetibe terasa diri nie.......kecik sgt (mmg kecik pun)....dan x punya apa2 untuk dibanggakan pun...awatlah hati nie..awatlah hang dok meragam...dok buat tuan punya badan serba tak kena nei...awatnya...

aku gadis biasa..dan aku juga seperti insan lain..punya perasaan 'suka' dan punya orang yg disukai...tetapi kerana berkali2 bertepuk sebelah tangan akhirnya aku putus asa kerana aku tidak punya apa2 kelebihan seperti gadis lain... yg nyatanya lebih rupawan, lebih bijak bergaya, lebih cerdik akalnya, lebih santun pekertinya.. adoii, pernah jugak terpikir nak bergaya jugaklah, manlah tau kan, kot2 kawan tu terpikat ke kan.hehhehe. tapi pikir punya pikir punya pikir, akhirnya akal ku yang waras berkata, "Sampai bila kau nak berubah hanya untuk menjadikan orang suka akan dirimu??? Sampai bila kau nak jadi orang lain??"
Lantas, aku batalkan niat dihati ku..

sebenarnya, hari nie aku baru tersedar dari lamunan. Teman yang aku suka sejak umur remaja kini sudah punya suri hatinya, hati dia dah terpaut pada seorang gadis rupawan yang mmg baik orangnya (sy kenal orgnya :D ) . Tahniah, kawan. Tahniah kerana kau telah bertemu bakal permaisuri hati mu. :D aku tumpang gembira. nanti kalau buat walimatul urus, jgn lupa jemput ya. sekian coretan buat hari ni.hehehehe.. punyalah panjang berjela-jela kan. haha..

oklah, semoga bertemu lagi. :D



Comments

Popular posts from this blog

Kisah 3 Abdul

Wauzes,,,,1 perkataan yg aku amat  gemari ^^ Hari nie setelah menghabiskan separuh hariku <9pg-4.30ptg> di Perpustakaan Sultanah Bahiyah, akhirnya aku buat keputusan untuk makan. Destinasi pilihan? semestinya cafetaria DPP SME Bank ,milik mak ngah & pak ngah! huhu ("~) Erm,belek punya belek menu yg terpampang atas meja order, last2 aku pilih "Maggi Sup", baik punya! hehe... Alhamdulillah,makanan yang diorder sekejap je dah siap,,Sayang lebih pada tukang masak tu! Terbaik di situ (^_^) Nak dijadikan kisah, masa tgh syok makan tu tengok2 lah TV kat depan dewan tu. Wah,pak ngah pasang cerita "3 Abdul" lah ,bestnyer. Nie kena tengok jap nie!Hahahaa.. Rasa seronok bile tgk cerita lakonan Allahyarham P.Ramlee. Tak kisah lah cerita apa pun,jalan cerita macam mana pun, semuanya pasti menyeronokkan dan sesuai untuk semua lapisan umur,dan paling penting pasti terselit pengajaran. Bahasa orang dahulu yg puitis,sopan dan penuh penghayatan, membuatkan perasaan  pe...

Lirik lagu : Air Mata Keinsafan..

Air mata keinsafan Yang mengalir di malam sepi Inilah dia pelembut jiwa Bagi mendapat kasih Ilahi Rintihan di pertiga malam Dari seorang hamba yang dhoif Kerna mengenang segala dosa Moga mendapat keampunan dari Ilahi Setiap kekasih Allah Menempuhi jalan ini Untuk mereka memiliki kejayaan Ayuh bersama kita susuli Perjalanan kekasih Allah Agar kita tiada rugi Dalam meniti hidup ini Deraian air mata ini Titisan yang paling berharga Buat menyimbah api neraka Moga selamat di titian Sirat Bahagia menuju syurga abadi Lagu : The Zikr Lirik : Nazrey Johani Hakcipta : OVA Productions

Personal Tax Relief YA 2017

Assalam and Hi everyone! Happy weekend to you, and yes, Happy New Year! Well, I'm sure many of you are declaring for income tax rite?  So following are some of the personal tax relief for the upcoming YA 2017 personal income tax return submission. Here you go! 1. Self and Dependent - RM 9,000 2. Medical expenses/special needs and care expenses for parents - RM 5,000 (Limited) OR Deduction on Parent RM 3,000 (Limited) - Limited RM 1,500 for only one mother - Limited RM 1,500 for only one father The special deduction on parent has been implemented since YA 2016. Some things to be care on:  - Subject to criteria under Section 46(1)(o) of the ITA 1967:   (o) an amount of one thousand five hundred ringgit   ( RM1,500) for each of the parent of that individual — (i) who is a resident and, at any time in that basis year, aged sixty years and above ( must be 60 years & ++ )  ; and (ii) whose annual income does ...